Siakap Keli
Gambar hiasan via Bernama

Awas, Hujan Lebat & Ribut Petir Dijangka Landa Beberapa Kawasan Hingga 6 Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir serta hujan lebat yang dijangka membadai beberapa buah negeri sehingga petang ini.

Amaran yang dikeluarkan pada pukul 1:25 tengah hari tadi menunjukkan terdapat 10 buah negeri dan beberapa kawasan yang dijangka terlibat.

Bagi negeri yang terlibat sehingga jam 5 petang ini adalah negeri Sarawak di Limbang. Manakala negeri Sabah pula, di kawasan Pedalaman (Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat (Pitas dan Kudat).

Bagi negeri yang dijangka dilanda hujan lebat dan ribut petir bermula jam 2 petang hingga 6 petang ini adalah di seluruh negeri Perlis, Selangor, WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya. Manakala di negeri Kedah pula, di kawasan Kubang Pasu, Pokok Sena, Pendang, Sik dan Baling. Bagi negeri Perak, kawasan dijangka terlibat adalah di Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

Beralih ke negeri Pahang pula, di kawasan Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin. Manakala bagi Negeri Sembilan pula di kawasan Jelebu, Seremban dan Port Dickson.

Bagi penduduk di negeri dan kawasan yang dijangka terlibat, anda dinasihatkan untuk berhati-hati ketika memandu dan sentiasa berada di rumah sekiranya tiada hal penting bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

Aireena Marizan

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.