Siakap Keli
Gambar: Kompas TV

Duda Tikam Ustaz, Sakit Hati Selalu Kena Tegur

Seorang lelaki bertaraf duda dilapor sanggup menikam tenaga pengajarnya (ustaz) di salah sebuah sekolah pondok di Jawa Timur, Indonesia, lapor Kompas TV.

Menurut laporan, hasil siasatan mendapati tujuan lelaki tersebut sanggup berbuat demikian dipercayai adalah hanya kerana sakit hati.

Motif ‘sakit hati’ yang diakui suspek adalah kerana ustaz tersebut selalu menegurnya gara-gara kerana kerap berada di asrama wanita sekolah pondok itu.

Lelaki berusia 34 tahun itu telah ditahan di Balai Polis Daerah Gambiran Banyuwangi pada Jumaat lalu ketika cuba untuk melarikan diri ke kampung halamannya di Ogan Komering Ulu.

Menurut pemimpin masyarakat tempatan di sana, pelaku juga merupakan seorang duda kepada dua orang anak.

Baru dua minggu dah ‘tunjuk’ taring

Difahamkan, suspek baru sahaja menjadi pelajar di sekolah pondok itu sejak 15 hari sebelum tragedi tersebut berlaku.

Dalam masa sama, polis juga turut merampas sebilah pisau yang digunakan suspek untuk menikam mangsa.

Susulan kejadian, suspek didakwa atas tuduhan cubaan membunuh dan bakal berdepan hukuman penjara 15 tahun.

Sementara itu mangsa dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian dagu dan pinggang kerana ditikam.

Kini mangsa sedang dirawat di sebuah hospital Al Huda Genteng, Indonesia.

Sumber: Kompas Tv

 

Nadhirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.