Siakap Keli
Gambar hiasan via Google

Mungkin Masih Ramai Keliru, Ini Senarai Waris-waris Harta Pusaka Dalam Faraid Menurut Syara’

Baru-baru ini terjadi kes tentang tuntutan harta pusaka yang melibatkan kematian seorang individu terkenal tanah air. Umumnya, apabila meninggalnya seseorang Muslim itu, harta peninggalannya haruslah dibahagikan kepada pewaris-pewaris atas urusan faraid.

Dalam Islam, pembahagian harta adalah perkara yang tidak mudah untuk dilakukan, tambahan pula mereka yang mempunyai isteri dan anak yang masih kecil. Mungkin masih ada antara kita yang masih keliru dengan pembahagian harta. Siapa waris yang berhak dan berapa kadar jumlahnya.

Menerusi laman sesawang eFaraid Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), kali ini Siakap Keli ingin kongsikan dengan lebih mendalam soal siapa yang layak menerima harta pusaka jika seorang individu itu telah meninggal dunia.

Ikuti perkongsian di bawah, semoga bermanfaat dan tidak ada lagi kekeliruan.

Perkara asas faraid

Rukun pusaka

  • Si mati: Orang yang meninggal dunia dan diwarisi hartanya.Mati dibahagikan kepada dua iaitu mati hakiki dan mati hukmi. Mati hakiki ialah kematian yang nyata dan tidak dipertikaikan kebenarannya. Sementara mati hukmi ialah kematian yang tidak dapat dibuktikan dengan nyata, tetapi telah dihukumkan mati oleh Hakim melalui anggapan kematian.
  • Waris: Orang yang berhak menerima pusaka sama ada dengan sebab perkahwinan, keturunan, pembebasan hamba dan Islam. Ikatan perkahwinan yang sah di sisi Hukum Syarak merupakan salah satu sebab yang membolehkan seseorang itu menerima pusaka sama ada suami atau isteri.  Selain daripada perkahwinan, seseorang waris boleh mewarisi pusaka dengan sebab keturunan hakiki, iaitu pertalian darah dengan si mati. Termasuk dalam maksud keturunan ialah keturunan ke bawah (furu’) iaitu anak, cucu dan ke bawah, keturunan ke atas (usul) iaitu ibu, bapa, nenek, datuk dan ke atas, waris-waris sisi si mati (hawasyi) seperti saudara, anak saudara dan ke bawah, waris sisi kepada bapa si mati iaitu bapa saudara, sepupu dan waris datuk si mati iaitu datuk saudara, anak kepada datuk saudara dan seterusnya. Di samping itu, tuan yang membebaskan hamba berhak mendapat harta pusaka bekas hamba yang dibebaskan itu jika bekas hambanya tidak mempunyaiwaris yang berhak mewarisi harta pusakanya. Manakala seseorang Islam yang meninggal dunia namun tiada waris, maka harta pusakanya akan diserahkan kepada Baitulmal.
  • Harta: Segala apa yang menjadi kepunyaan si mati di masa hidupnya, kemudian ditinggalkan untuk waris-warisnya sama ada harta benda, hak-hak dan apa yang termasuk dalam miliknya setelah dia mati.

Termasuk Harta Pusaka

  • Semua harta si mati yang diperolehi secara halal;
  • Sewa yang belum dijelaskan kepada si mati;
  • Hutang kepada si mati yang dijelaskan selepas kematian;
  • Dividen / faedah yang terbit daripada harta si mati;
  • Simpanan KWSP berpenama / tiada penama;
  • Penama Takaful; dan
  • Barang yang terbit selepas mati seseorang dari usahanya semasa hayat.

Bukan Harta Pusaka

  • Harta yang telah dijual, diwakaf, dihibah atau dipegang amanah;
  • Khairat kematian;
  • Pemberian oleh orang-orang yang menziarahi kematian
  • Imbuhan, pampasan dan sagu hati;
  • Pencen terbitan; dan
  • Bayaran-bayaran di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (PERKESO)
  • 2.2 Halangan Pusaka

Waris-waris yang berhak menerima pusaka sama ada dengan sebab perkahwinan atau keturunan akan boleh terhalang daripada menerima pusaka atas sebab-sebab berikut:

  1. Membunuh – Ulama telah sepakat bahawa membunuh adalah antara perkara yang menghalang seseorang itu daripada mewarisi harta pusaka orang yang dibunuhnya. Hadis daripada Abdullah bin Amru r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

    ليس للقاتِلِ شيءٌ

    Yang bermaksud: “Pembunuh tidak layak menerima apa-apa (mewarisi harta pusaka).” (Riwayat Abu Daud)

  2. Murtad – Seseorang yang murtad iaitu keluar daripada agama Islam tidak berhak mewarisi pusaka si mati beragama Islam.
  3. Berlainan Agama – Perbezaan agama antara Islam dan bukan Islam akan menghalang kedua-duanya daripada mewarisi pusaka. Hadis daripada Usamah bin Zaid r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

    لا يرِثُ المسلمُ الكافرَ ولا الكافِرُ المُسْلِمَ

    Yang bermaksud: “Orang Islam tidak mewarisi orang kafir dan orang kafir tidak mewarisi orang Islam.” (Riwayat al-Bukhari)

Waris-waris

Waris-waris yang berhak mewarisi harta pusaka dibahagikan kepada waris lelaki dan perempuan. Penentuan jantina waris adalah sangat penting dan hendaklah dipastikan kerana ia akan menentukan waris-waris mewarisi secara fardu atau asobah.

Waris lelaki

  1. Anak lelaki
  2. Cucu lelaki daripada anak lelaki dan ke bawah
  3. Bapa
  4. Datuk sebelah bapa (bapa kepada bapa) dan ke atas
  5. Saudara seibu sebapa lelaki
  6. Saudara sebapa lelaki
  7. Saudara seibu lelaki
  8. Anak saudara seibu sebapa lelaki dan ke bawah
  9. Anak saudara sebapa lelaki dan ke bawah
  10. Bapa saudara seibu sebapa
  11. Bapa saudara sebapa
  12. Anak lelaki kepada bapa saudara seibu sebapa dan ke bawah
  13. Anak lelaki kepada kepada bapa saudara sebapa dan ke bawah
  14. Suami
  15. Tuan yang membebaskan hamba

Jika seseorang meninggal dunia meninggalkan semua waris lelaki sahaja tanpa waris perempuan, hanya 3 waris lelaki sahaja yang layak mewarisi pusaka iaitu:

  1. Bapa
  2. Suami
  3. Anak Lelaki

Waris perempuan

  1. Anak perempuan
  2. Cucu perempuan daripada Anak lelaki dan ke bawah
  3. Ibu
  4. Nenek sebelah ibu dan ke atas
  5. Nenek sebelah bapa dan ke atas
  6. Saudara seibu sebapa perempuan
  7. Saudara sebapa perempuan
  8. Saudara seibu perempuan
  9. Isteri
  10. Tuan yang membebaskan hamba

Sekiranya seseorang si mati semua waris perempuan tanpa waris lelaki, hanya 5 orang yang layak iaitu:

  1. Anak perempuan
  2. Cucu perempuan daripada anak lelaki (jika simati hanya ada seorang anak perempuan)
  3. Ibu
  4. Saudara perempuan seibu sebapa
  5. Isteri

Berhimpun waris lelaki dan perempuan

Sekiranya si mati meninggalkan kesemua waris lelaki dan perempuan, waris-waris yang berhak mewarisi pusaka ialah seramai 5 orang sahaja seperti berikut:

  1. Suami / Isteri
  2. Bapa
  3. Ibu
  4. Anak Lelaki
  5. Anak Perempuan

Kelima-lima waris di atas dinamakan waris utama dan merupakan waris yang paling hampir dengan si mati. Mereka (kecuali suami / isteri) akan mendindingkan waris-waris lain.

Cara Mewarisi

Cara mewarisi harta pusaka sama ada seseorang waris itu berhak atau tidak berhak adalah tertakluk kepada jenis-jenis waris.

Waris fardu

Fardu menurut istilah ilmu faraid adalah kadar bahagian harta pusaka yang akan diwarisi oleh seseorang waris yang telah ditetapkan oleh Hukum Syarak. Sebagai contoh, bahagian isteri telah ditetapkan sebanyak 1/4 bahagian sekiranya si mati tiada anak, dan telah ditetapkan sebanyak 1/8 bahagian sekiranya si mati meninggalkan anak.

Kadar bahagian waris-waris fardu adalah sebagaimana yang ditetapkan dalam al-Quran sebanyak 6 bahagian iaitu ½, 1/3, 2/3, ¼, 1/6 dan 1/8. Selain itu, terdapat satu bahagian waris fardu yang diputuskan berdasarkan ijtihad sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. iaitu 1/3 baki (1/3 baki daripada baki harta setelah ditolak bahagian fardu yang lain). Bahagian fardu 1/3 baki ini hanya tertentu dalam masalah ‘Umariyyatain / Gharrawain sahaja.

Waris-waris yang tergolong sebagai waris fardu ialah isteri atau suami, ibu atau nenek, bapa atau datuk, anak perempuan atau cucu perempuan, saudara perempuan kandung, saudara perempuan sebapa dan saudara seibu.

Dalil-dalil al-Quran berkaitan waris-waris fardu adalah seperti berikut:

1. 1/2 :

وَلَكُمْ نِصْفُ مَا تَرَكَ أَزْوَاجُكُمْ إِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُنَّ وَلَدٌ

2. 1/3 :

فَإِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُ وَلَدٌ وَوَرِثَهُ أَبَوَاهُ فَلِأُمِّهِ الثُّلُثُ

3. 2/3 :

فَإِنْ كُنَّ نِسَاءً فَوْقَ اثْنَتَيْنِ فَلَهُنَّ ثُلُثَا مَا تَرَكَ

4. 1/4 :

فَإِنْ كَانَ لَهُنَّ وَلَدٌ فَلَكُمُ الرُّبُعُ مِمَّا تَرَكْنَ

5. 1/6 :

وَإِنْ كَانَ رَجُلٌ يُورَثُ كَلَالَةً أَوِ امْرَأَةٌ وَلَهُ أَخٌ أَوْ أُخْتٌ فَلِكُلِّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا السُّدُسُ

6. 1/8 :

فَإِنْ كَانَ لَكُمْ وَلَدٌ فَلَهُنَّ الثُّمُنُ مِمَّا تَرَكْتُمْ

 

Kadar bahagian waris fardu

1. Satu Perdua (1/2)

1. Suami Syarat: Tidak ada keturunan ke bawah
2. 1 Anak Perempuan Syarat: Tidak ada anak lelaki
3. 1 Cucu Perempuan Syarat: Tidak ada

i- Anak lelaki/perempuan

ii. Cucu lelaki

4. 1 Saudara Seibu Sebapa Perempuan (SIBP) Syarat: Tidak ada

i. Bapa

ii. Datuk

iii. Keturunan ke bawah

iv. Saudara seibu sebapa lelaki(SIBL)

5. 1 Saudara Sebapa Perempuan (SBP) Syarat: Tidak ada

i. Bapa

ii. Datuk

iii. Keturunan ke bawah

iv. Saudara seibu sebapa lelaki/perempuan (SIBL/P)

v. Saudara sebapa lelaki (SBL)

2. Satu Pertiga (1/3)

1 Ibu Syarat: Tidak ada

i. Keturunan ke bawah

ii. Berbilang saudara sama ada SIB/SB/SI lelaki/perempuan

2 2 Saudara Seibu Lelaki/Perempuan atau Lebih Syarat: Tidak ada

i. Keturunan ke bawah

ii. Keturunan lelaki ke atas

3. Satu Perempat (1/4)

1 Suami Syarat: Ada keturunan ke bawah
2 Isteri Syarat: Tidak ada keturunan ke bawah

4. Dua Pertiga (2/3)

1 2 Anak Perempuan atau Lebih Syarat: Tidak ada anak lelaki
2 2 Cucu Perempuan atau Lebih Syarat: Tidak ada

i. Cucu lelaki

ii. Anak lelaki/perempuan

3 2 Saudara Seibu Sebapa Perempuan (SIBP) atau Lebih Syarat: Tidak ada

I. Bapa

ii. Datuk

iii. Keturunan ke bawah

iv. Saudara seibu sebapa lelaki (SIBL)

4 2 Saudara Sebapa Perempuan (SBP) atau Lebih Syarat: Tidak ada

I. Bapa

ii. Datuk

iii. Keturunan ke bawah

iv. Saudara seibu sebapa lelaki/perempuan (SIBL/P)

v. Saudara sebapa lelaki (SBL)

5. Satu Perenam (1/6)

1 Bapa Syarat: Ada keturunan ke bawah
2 Ibu Syarat:

i. Ada keturunan ke bawah

ii. Ada berbilang saudara sama ada:

SIB, SB, SI lelaki/perempuan

3 Datuk Syarat:

I. Ada keturunan ke bawah

ii. Tidak ada bapa

iii. Tidak ada Saudara SIB/SB

4 Nenek Sebelah ibu – Tidak ada ibu

Sebelah bapa – Tidak ada ibu dan bapa

5 Cucu Perempuan Syarat:

i. Ada 1 anak perempuan

ii. Tidak ada anak lelaki/cucu lelaki

6 Saudara Sebapa Perempuan (SBP) Syarat:

i. Ada 1 saudara seibu sebapa perempuan (SIBP)

ii. Tidak ada keturunan ke bawah

iii. Tidak ada bapa/datuk

iv. Tidak ada SIBL dan SBL

7 1 Saudara Seibu sama ada Lelaki/Perempuan (SIL/P) Syarat:

i. Tidak ada keturunan ke bawah

ii. Tidak ada keturunan lelaki ke atas

6. Satu Perlapan (1/8)

1 Isteri Syarat: Ada Keturunan ke bawah

7. Satu Pertiga Baki(1/3 Baki)

1 Ibu Sekiranya si mati meninggalkan

i. Ibu, bapa dan suami

ii. Ibu, bapa dan isteri

Waris Asobah

Asobah menurut istilah ilmu faraid adalah waris-waris yang tidak mendapat bahagian secara fardu yang ditetapkan. Kadar bahagian waris asobah ialah sama ada mengambil semua bahagian dalam harta pusaka atau mengambil baki setelah diberi bahagian waris fardu atau tidak mendapat bahagian langsung kerana telah dihabiskan oleh waris fardu.

Secara umumnya, waris-waris lelaki adalah mewarisi secara asobah, kecuali dua orang yang mewarisi secara fardu iaitu suami dan saudara lelaki seibu. Manakala dua orang waris yang diberi keistimewaan dalam kaedah pewarisan adalah bapa dan datuk yang boleh mewarisi harta pusaka melalui tiga cara iaitu secara asobah, secara fardu dan secara asobah dan fardu dalam satu masa.

Asobah dibahagikan kepada tiga jenis iaitu

  1. Asobah Bi al-Nafsi

  2. Asobah Bi al-Ghairi

  3. Asobah Ma al-Ghairi.

Cara pembahagian yang melibatkan waris-waris yang mewarisi secara asobah adalah seperti berikut:

  1. Seorang: Sekiranya si mati hanya meninggalkan seorang waris asobah sahaja, waris tersebut akan mewarisi keseluruhan harta pusaka si mati.
  2. Lebih dari Seorang: Sekiranya si mati meninggalkan lebih dari seorang waris yang menerima secara asobah yang sama darjatnya seperti beberapa orang anak lelaki, mereka akan mewarisi secara sama banyak.
  3. Lelaki Bersama Perempuan: Sekiranya si mati meninggalkan waris lelaki dan perempuan yang sama darjat seperti anak lelaki dan anak perempuan, mereka akan mewarisi secara asobah bi al-ghairi iaitu bahagian lelaki dua kali melebihi bahagian perempuan.
  4. Bersama Waris Fardu: Sekiranya si mati meninggalkan waris fardu dan waris asobah, waris asobah akan menerima baki setelah diberikan bahagian waris fardu.
  5. Tidak Mendapat Bahagian: Sekiranya si mati meninggalkan waris fardu dan waris asobah, adakalanya waris asobah tidak mendapat bahagian kerana ia telah dihabiskan oleh waris fardu.

Asobah Bi al-Nafsi

Asobah dengan diri sendiri iaitu seseorang menjadi asobah tanpa memerlukan kepada orang lain untuk mengasobahkannya. Mereka yang mewarisi secara asobah bi al-nafsi ialah semua waris lelaki kecuali suami dan saudara seibu. Namun, jika terdapat ramai waris yang boleh mewarisi harta pusaka secara asobah bi al-nafsi ini, maka yang diutamakan adalah waris yang paling hampir dengan si mati. Waris yang lebih jauh akan terdinding atau gugur. Dalilnya adalah berdasarkan hadis daripada Abdullah bin ‘Abbas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

أَلْحِقُوا الفَرائِضَ بأَهْلِها، فَما بَقِيَ فَهو لأوْلَى رَجُلٍ ذَكَرٍ

Yang bermaksud: “Hendaklah kamu berikan fardu-fardu kepada ahli-ahlinya, apa yang berbaki maka untuk lelaki yang lebih utama.” (Riwayat al-Bukhari)

Contoh 1

Contoh 2

Contoh 3

Asobah Bi Ghairi

Asobah Bi al-Ghairi (asobah bersama dengan orang lain) bermakna seseorang itu mewarisi secara asobah apabila si mati meninggalkan waris lelaki dan waris perempuan yang sama darjat di mana bahagian mereka telah ditetapkan iaitu bahagian waris lelaki adalah dua kali lebih daripada bahagian perempuan iaitu lelaki 2 bahagian dan perempuan 1 bahagian. Mereka yang mewarisi secara asobah jenis ini terdiri daripada empat golongan, iaitu:

  1. Anak lelaki dan anak perempuan.
  2. Cucu lelaki dan cucu perempuan dan ke bawah.
  3. Saudara seibu sebapa lelaki dan saudara seibu sebapa perempuan.
  4. Saudara sebapa lelaki dan saudara sebapa perempuan.

Waris perempuan mewarisi secara asobah jika ada bersama mereka waris lelaki yang sedarjat dengan mereka. Misalnya anak perempuan mewarisi secara asobah ketika bersama dengan anak lelaki, cucu perempuan bersama dengan cucu lelaki dan saudara sebapa perempuan bersama dengan saudara sebapa lelaki.

Dalilnya adalah berdasarkan firman Allah SWT:

يُوصِيكُمُ اللَّهُ فِي أَوْلَادِكُمْ ۖ لِلذَّكَرِ مِثْلُ حَظِّ الْأُنْثَيَيْنِ

Yang bermaksud: “Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan.” (Surah al-Nisa’: 11)

Contoh 1

Contoh 2

Asobah Ma al-Ghairi

Asobah Ma’a al-Ghairi (asobah berserta dengan orang lain) bermakna waris perempuan iaitu saudara seibu sebapa perempuan atau saudara sebapa perempuan menjadi asobah apabila si mati meninggalkan bersertanya anak perempuan atau cucu perempuan dengan syarat tidak ada saudara seibu sebapa lelaki atau saudara sebapa lelaki yang mengasobahkan saudara-saudara perempuan tersebut menjadi Asabah Bi al-Ghairi.

Asobah selalunya berkaitan dengan waris-waris lelaki. Namun, asobah jenis ini adalah berkaitan dengan waris perempuan dan mereka tidak memerlukan lelaki untuk menjadi asobah. Mereka yang menjadi asobah jenis ini terdiri daripada:

  1. Saudara seibu sebapa perempuan
  2. Saudara sebapa perempuan

Saudara seibu sebapa perempuan dan saudara sebapa perempuan akan menjadi asobah dengan ada bersertanya waris perempuan yang lain, iaitu dengan mewarisi bersama anak perempuan, cucu perempuan dan ke bawah atau bersama anak perempuan dan cucu perempuan sekali gus dalam satu masa.

Mengikut kaedah asobah jenis ini, anak perempuan tidak menjadi asobah bersama dengan saudara perempuan sebagaimana anak lelaki dan anak perempuan, tetapi anak perempuan tetap mendapat bahagian secara fardu sama ada 1/2 bahagian sekiranya seorang atau 2/3 bahagian sekiranya lebih daripada seorang, manakala hanya saudara seibu sebapa perempuan atau saudara sebapa perempuan sahaja yang menjadi asobah secara bersendirian.

Contoh 1

Contoh 2

Contoh 3

Dhawi al-Arham

Dhawi al-arham ialah waris yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan si mati selain daripada waris fardu dan waris asobah. Ulama’ telah berselisih pendapat tentang kedudukan mereka, sama ada mereka boleh mewarisi harta pusaka atau tidak. Golongan pertama berpendapat mereka berhak mewarisi sekiranya si mati tidak meninggalkan waris asobah yang dapat menghabisi harta pusaka, atau tidak ada waris fardu boleh diradkan baki harta kepada mereka.

Golongan kedua pula berpendapat mereka tidak berhak mewarisi. Oleh itu, sekiranya si mati tidak meninggalkan waris asobah atau meninggalkan waris fardu yang tidak dapat menghabiskan harta pusaka, baki harta pusaka si mati hendaklah diserahkan ke Baitulmal walaupun si mati meninggalkan ramai waris dhawi al-arham.

Untuk bacaan lebih lanjut boleh layari eFaraid Majlis Agama Islam Selangor di SINI.

Sumber: eFaraid MAIS

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.