Siakap Keli
Kredit: Kompas.com

Papua Diserang Pengganas, Rumah & Pejabat Hangus Dibakar – Laporan

Terdapat keganasan yang sedang berlaku di kawasan Puncak Papua dan masih berterusan hingga ke hari ini. Menurut sumber, penduduk di kawasan tersebut ditembak dan rumah serta pasar mereka telah dibakar.

Memetik Kompas.com, aksi Kumpulan Penjahat Bersenjata (KKB) telah menembak salah seorang anggota tentera di kawasan lapangan terbang Aminggaru. Selain itu, mereka turut menembak sebuah trak yang mengakibat kecederaan kepada pemandu tersebut.

Ekoran kejadian tersebut, mangsa iaitu Glen Sumampo telah dimasukan ke sebuah hospital untuk rawatan. Dikhabarkan juga, beliau terpaksa menggunakan kerusi roda dan dibantu oleh rakan sekerjanya kerana tidak boleh berjalan.

Bukan hanya itu, pengganas-pengganas itu juga turut membakar salah sebuah syarikat yang ada di sana.

Menurut Kompas.com, kumpulan pengganas itu masih meneruskan tindakan tidak bermoral itu sehingga hari ini. Berikutan kejadian ini, tiada berita kematian dilaporkan setakat ini.

Sumber: Kompas.com

 

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.