Siakap Keli
Gambar: Kompas TV

Suami Hampir Hilang ‘Aset’, Isteri Potong Zakar Guna Pisau

Seorang isteri di Lumajang, Jawa Timur, nekad memotong kemaluan suaminya menggunakan pisau dapur pada petang Jumaat, 18 Februari lalu. Selepas bertindak kejam sebegitu, si isteri hendak membunuh diri tetapi dihalang oleh lelaki itu.

Berita Kompas TV melaporkan sebuah video memaparkan wanita warga Desa Rojopolo, Kecamatan Jatiroto, Kabupaten Lumajang disyaki seperti khayal ketika berbuat tindakan tersebut terhadap suaminya itu.

Bagaimanapun wanita berusia 25 tahun itu ditahan polis selepas cuba membunuh diri. Difahamkan, pihak polis terpaksa mengikat tangannya selepas dia cuba memberontak di dalam kereta polis.

Menurut pegawai polis, Legiman Wahyudi berkata, kejadian bermula apabila wanita tersebut membawa suaminya masuk ke dalam bilik untuk bersetubuh  ketika itu. Namun semasa mangsa hendak menukar pakaian, wanita itu keluar dari bilik dan mengambil pisau di dapur.

Sebaik pulang ke bilik, wanita tersebut kemudian berpura-pura memeluk suaminya lalu menikam pisau dapur itu ke bahagian kemaluan lelaki tersebut.

Namun si suami bernasib baik kerana hanya mengalami kecederaan di bahagian hujung kemaluan. Kini, suami ‘malang’ itu terpaksa menjalani rawatan di Hospital Jatiroto.

Ketua Polis Daerah Jatiroto, AKP Rudi Isyanto mengakui polis ketika ini tidak dapat mengesahkan sebarang maklumat daripada pelaku kerana masih tertekan dan suspek dibawa ke keluarganya di Jember.

Sumber: Kompas TV

Aireena Marizan

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.