Baru-baru ini Eropah dikejutkan dengan kejadian kehadiran ribut dan angin kencang yang agak kuat hingga menyebabkan beberapa kerosakan di kawasan setempat serta turut mengorbankan sembilan nyawa, lapor CNN.
Menurut Jabatan Meteorologi United Kingdom, kelajuan angin ribut yang melanda ketika itu berkemungkinan mencecah hingga 100 batu sejam. Ia juga didakwa mampu menyebabkan kerosakan yang teruk pada negara.
Difahamkan, terdapat banyak bangunan tinggi musnah ‘dibaham’ taufan ngeri itu. Selain itu, kejadian ribut itu juga telah meragut 13 nyawa di seluruh Belanda (setakat ini), selain turut menjejaskan pergerakan kereta api dan penerbangan.
Mengapa Taufan Younis begitu teruk?
Menurut Jabatan Meteorologi UK, Eunice atau Younis merupakan ribut yang sama pernah berlaku pada tahun 1987, ditemui pada Oktober tahun yang sama. Ribut yang melanda Belanda dan Perancis tersebut telah meragut 22 nyawa.
Menjejaki artikel India Daily, kedua-dua ribut ini datang dari angin yang kecil dan boleh menjadi angin yang kuat dalam radius 100km/j sebagai taufan.
Di Tiktok, satu video yang dimuat naik oleh Oriental Daily Malaysia, dipercayai adalah rakaman detik-detik berlakunya ribut tersebut. Tonton video di bawah.
@orientaldailymalaysia “尤尼斯”风暴周五登陆英国南部,然后吹向欧洲大陆,至今造成至少10人死亡和严重的混乱,海陆空交通受阻。 #风暴 #eunice #欧洲 #europe #disaster #灾难 #TikTok新闻
Menerusi BBC, MET UK meminta orang ramai untuk mencadangkan nama-nama ribut taufan yang berlaku sepanjang tahun dari September 2021. Berikut nama-nama yang diberikan;-
- Arwen
- Barra
- Corey
- Dudley
- Younes
- Franklin
- Gladys
- Herman
- Imani
- Jack
- Kim
- Logan
- Mebh
- Naseem
- Olwen
- Pole
- Ruby
- Sean
- Tineke
- Virgil
- William
Bilakah taufan perlu dinamakan?
Menurut MET UK, nama taufan akan diberikan apabila ia menyebabkan impak sederhana dan tinggi. Seperti kes ribut Younis, ia diberi nama sebegitu kerana berpotensi untuk memberikan amaran merah.
Bagaimanapun MET UK akan menghindari dari menggunakan huruf Q, U, X, Y dan Z kerana ia tidak sesuai dipadankan dengan ribut taufan Amerika.
Sumber: Daily India, CNN