Siakap Keli

(Video) Tular Detik-detik Cemas Helikopter Terhempas Laju Di Pantai, 2 Dilapor Cedera

Sebuah helikopter dilaporkan telah terhempas di sekitar Lautan Atlantik berhampiran Miami Beach di US pada Sabtu, lapor CNN baru-baru ini.

Dalam nahas itu, dua penumpang mengalami kecederaan dan telah dibawa ke Hospital Memorial Jackson. Mereka kini dikatakan berada dalam keadaan stabil.

Pegawai Maklumat Awam Polis Miami Beach, Ernesto Rodriguez berkata seorang lagi penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.

Bagaimanapun, pihaknya tidak mendedahkan maklumat mengenai  juruterbang helikopter tersebut.

“Petang tadi pada jam 1.10 petang, MBPD telah menerima panggilan berkaitan nahas helikopter di lautan berhampiran 10 Street. Polis dan @MiamiBeachFire telah bergegas ke tempat kejadian bersama beberapa agensi penyelamat lain. Dua penumpang yang dibawa ke hospital berada dalam keadaan stabil,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Setakat ini, punca nahas helikopter Robinson R44 itu bagaimanapun masih belum diketahui dan berada dalam penyiasatan.

“FAA dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan akan menyiasat. NTSB akan bertanggungjawab ke atas penyiasatan dan akan memberikan kemas kini tambahan,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, saksi di pantai tersebut berkata bahawa helikopter itu berulang-alik beberapa kali sebelum terhempas.

Video ketika ianya terhempas telah menjadi tular di media sosial sejak semalam.

Sumber: CNN

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.