Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) setakat kemaskini jam 6:05 petang tadi mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir yang dijangka melanda beberapa negeri di Malaysia hingga jam 9 malam ini.
Antara kawasan yang dijangka terlibat di sebelah pantai utara adalah di negeri Kedah yang melibatkan kawasan Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu. Manakala di negeri Pulau Pinang, tiga kawasan yang dijangka terlibat iaitu Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.
Di sebelah pantai Barat semenanjung Malaysia pula melibatkan negeri Perak iaitu di Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
Beralih ke Negeri Sembilan pula, lima kawasan dijangka terlibat iaitu Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembah dan Tampin. Manakala seluruh negeri Melaka dijangka akan mengalami ribut petir dan hujan lebat.
Di Selangor pula melibatkan tujuh daerah iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.
Tidak ketinggalan juga bagi seluruh kawasan di WP Putrajaya. Manakala di sebelah selatan pula melibatkan tiga daerah di negeri Johor iaitu Tangkak, Muar dan Batu Pahat.
Beralih ke negeri Sarawak antara kawasan yang dijangka mengalami hujan lebat dan ribut petir adalah Serian, Betong (Betong), Sarikei (Pakan, Julau dan Meradong) Sibu, Bintulu (Tatau), Miri (Beluru dan Marudi) dan Limbang.
Manakala di negeri Sabah pula melibatkan kawasan di Pedalaman (Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod, Telupid dan Kinabatangan).
Bagi negeri-negeri yang dijangka terlibat dengan ribut petir dan hujan lebat, anda dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dan terus berada di dalam rumah sekiranya tiada urusan di luar.
#ributpetirmetmalaysia#MenangBersama#LindungDiriLindungSemua#metmalaysia pic.twitter.com/K9ewNwJGCl
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) February 21, 2022
Sumber: MetMalaysia