Siakap Keli
Gambar hiasan: via Daily Star & via Google

Isteri Tergamam Dapat Tahu Suami Kumpul Najis Sendiri Dalam Balang

Dalam sesebuah perkahwinan, suami atau isteri mungkin menyimpan rahsia kerana berasakan sesuatu perkara itu hanyalah remeh jika dikongsikan.

Tetapi hal ini berbeza pula dengan rahsia yang disimpan oleh seorang suami ini.

Memetik laporan Daily Star, seorang isteri mendedahkan mengenai koleksi peribadi suaminya yang sangat ‘pelik’.

Menurut tulisan isterinya di laman sosial, pada awalnya dia sedang mengemas pantri di dapur termasuk almari yang ada di situ.

Bagaimanapun semasa sedang membersihkan almari, dia ternampak sebuah balang di bahagian atas.

Dengan menggunakan tangga dia melihat apa yang ada di almari di bahagian atas itu.

Agak mengejutkan apabila dia menemui 14 botol balang yang dipenuhi dengan najis cirit-birit yang ditutup kemas.

Lebih ‘pelik’ lagi apabila dia memberitahu bahawa kesemua balang tersebut disusun dengan mengikut turutan kepekatan warna iaitu daripada coklat perang sehingga hitam pekat.

Shades color of poop. Human feces color. Healthy concept. Normal and abnormal value scale. Vector

Hal ini semakin menggelikan apabila isterinya tersilap langkah dengan membuka salah satu daripada balang tersebut kerana ingin mengetahui apa yang ada di dalamnya.

Ekoran daripada tindakannya itu dia masih merasakan bau busuk itu melekat di bahagian tekaknya.

“Baunya sangat busuk sehinggakan saya masih dapat merasa seperti terbakar di dalam tekak saya,” kata isterinya.

Difahamkan, suaminya menghidap sindrom Irritable Bowel Syndrome IBS (masalah usus besar).

Walau bagaimanapun, dia tetap tergamam apabila suaminya sanggup membuang air besar di dalam sebuah balang.

Sumber: Daily Star

 

 

Nadhirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.