Siakap Keli
Gambar Via Bernama

Penting, Ini Empat Implikasi Bakal Terjadi Kalau Tak Buat Penamaan KWSP

Bukan saja harta pusaka, ramai yang masih belum tahu bahawa penamaan sangat penting untuk akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai langkah untuk menguruskan simpanan KWSP sekiranya meninggal dunia.

Menurut KWSP, penamaan merupakan satu perancangan awal bagi mengurangkan kesulitan dan juga memastikan mereka (penama) mendapat jaminan kewangan selepas anda meninggal dunia.

Menerusi hantaran di Facebook, KWSP telah berkongsi mengenai implikasi bagi ahli-ahli KWSP yang membuat penamaan dan tanpa penamaan. Mari ikuti perkongsian bermanfaat di bawah ini.

Implikasi membuat penamaan

  1. Memudahkan waris menguruskan simpanan KWSP selepas ahli meninggal dunia
  2. Memudahkan proses Pengeluaran Kematian dibuat oleh waris yang dinamakan
  3. Mengurangkan konflik dikalangan ahli keluarga berkaitan dengan agihan simpanan KWSP
  4. Memupuk nilai-nilai murni serta kasih sayang terhadap ahli keluarga

Implikasi tanpa penamaan

  1. Kesukaran waris untuk berurusan mengeluarkan simpanan KWSP ahli kerana perlu mendapatkan Surat Kuasa (Pengeluaran Kematian Tanpa Penamaan).
  2. Proses Pengeluaran Kematian menjadi lebih panjang. Pelbagai dokumen sokongan perlu disertakan.
  3. Kelangsungan hidup waris terdekat ahli terjejas
  4. Konflik dikalangan ahli keluarga boleh berlaku

Siapa yang boleh buat penamaan?

  1. Individu berumur 18 tahun ke atas
  2. Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap (PR)/Bukan Warganegara (Menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998)

Siapa yang boleh dinamakan?

  1. Mana-mana individu – Sebagai Wasi/Pentadbir yang bertanggungjawab untuk mengagihkan simpanan ahli yang meninggal dunia kepada waris-waris yang berhak mengikut Undang-Undang Islam
  2. Amanah Raya Berhad (ARB) – Sekiranya ahli memilih untuk menamakan ARB sebagai penama, ARB akan menjadi pentadbir kepas semua (100%) bahagian simpanan ahli.

Sumber: KWSP (1), (2)

Sofea

There's always another side to every story