Siakap Keli
TikTok: @muadzmustafha

(Video) Lelaki Ini Kongsi Cara Nak Tahu Saiz & Kenal Kod Tayar Kereta

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bagi seorang pemandu, mengambil tahu banyak perkara tentang kenderaan yang dibawa adalah penting. Sekiranya berlaku sesuatu masalah, kita dapat menyelesaikan sendiri tanpa merujuk kepada mekanik.

Salah satunya adalah berkenaan tayar. Tidak kiralah bersaiz besar mahupun kecil, setiap tayar mempunyai saiz dan kod yang berbeza.

Menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik di akaun TikTok @muadzmustafha, lelaki ini ada berkongsikan cara nak kenal saiz dan kod tayar kereta anda. Kod tersebut mempunyai makna-makna tertentu seperti di bawah.

175/65R14 82H

175 – saiz kelebaran tayar, iaitu 175mm

65 – ratio ketebalan tayar

R – jenis pembuatan tayar (R bermakna radial ply)

14 – adalah diameter rim iaitu 14 inci

82H – adalah index berat yang boleh ditanggung tayar, dan H index kelajuan maksima yang boleh ditanggung.

Namun begitu, tayar yang mempunyai saiz yang sama kadangkala boleh berbeza dari segi rupanya.

@muadzmustafha

Kenal size tayar tak? #hankook #goodyear #toyotires #learnontiktok #tiktokguru #tiktokmalaysia #drtayarmuar

♬ Piraten – Ali Affront & Zleyr

Sumber: TikTok

Aireena Marizan

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.