Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan/Aireena Marizan

Awas, Hantar Emoji ‘Love’ Boleh Dihukum Penjara

Seorang pakar dalam jenayah siber di Arab Saudi telah memberi amaran kepada orang ramai bahawa tindakan menghantar emoji ‘love’ kepada seseorang di aplikasi WhatsApp boleh menyebabkan pengirimnya dipenjarakan, lapor akhbar Okaz.

Mengikut undang-undang Saudi, pengirim boleh dihukum penjara dua hingga lima tahun dan dikenakan denda 100,000 riyal (RM111,556) sekiranya didapati bersalah.

Ahli Persatuan Anti-Penipuan Arab Saudi, Al Moataz Kutbi berkata bahawa menghantar emoji ‘love’ di aplikasi WhatsApp adalah sama dengan bentuk jenayah gangguan.

Selain itu, katanya penggunaan beberapa imej dan ungkapan semasa bersembang dalam talian juga boleh bertukar menjadi jenayah gangguan jika tuntutan mahkamah difailkan oleh penerima.

Dia memberi amaran kepada pengguna aplikasi supaya tidak memulakan perbualan dengan mana-mana pengguna tanpa persetujuan mereka atau terlibat dalam perbualan yang tidak selesa atau mengganggu pengguna lain selain menekankan amaran terhadap penggunaan ekspresi eksplisit atau emoji hati merah.

”Menurut sistem anti-gangguan, gangguan ditakrifkan sebagai setiap pernyataan, perbuatan atau gerak isyarat dengan konotasi seksual yang dibuat oleh seseorang terhadap mana-mana orang lain yang menyentuh badan atau kehormatannya atau melanggar kehormatannya dengan apa-apa cara, termasuk teknologi moden.

”Ini termasuk (emoji) yang dikaitkan dengan konotasi seksual mengikut adat masyarakat, seperti hati merah dan mawar merah,” kata Kutbi.

Beliau menjelaskan bahawa pengirim akan bertanggungjawab terhadap penyalahgunaan tersebut jika isu itu dilaporkan kepada pihak berkuasa yang berwibawa dan pertuduhan dibuktikan terhadap pesalah.

Sumber: Gulf News

Aireena Marizan

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.