Bekas peserta program hiburan, America’s Got Talent (AGT) musim ke 16, Jane Macrzewski atau lebih dikenali sebagai Nightbirde meninggal dunia selepas empat tahun bertarung nyawa melawan penyakit kanser payu dara pada 19 Februari lalu.
Menerusi laporan BBC, berita duka ini disahkan oleh ahli keluarganya selepas beberapa bulan berjuang menjalani rawatan sebelum Nightbirde dilaporkan meninggal dunia.
“Kami sekeluarga sangat sedih atas pemergiannya dan kehilangan ini ada kenangan yang paling pahit,” kata keluarganya.
Macrzewski yang menggunakan nama pentas Nightbirde ini menjadi ‘buah mulut’ orang ramai di seluruh dunia selepas menyertai program tersebut.
Baca: JANGAN Buat 15 Kesalahan Ini Kalau Tak Nak Didenda Hingga RM20K Oleh LHDN
Lirik lagunya ‘It’s Okay’ yang sangat menusuk kalbu para pendengar sekaligus membuatkan orang ramai berasa sebak kerana liriknya penuh makna dan ‘semangat’ untuk mereka yang menghidap kanser sepertinya.
Semasa persembahannya, dia mendedahkan kepada juri bahawa dia sedang bertarung melawan kanser yang telah merebak ke paru-paru dan tulang belakang serta hatinya.
Lagu berjudul “It’s Okay” ini mempunyai lirik yang penuh bermakna.
“All day, all night, now I can’t hide
Said I knew myself but I guess I lied
It’s okay, it’s okay, it’s okay, it’s okay
If you’re lost, we’re all a little lost and it’s alright
It’s okay, it’s okay, it’s okay, it’s okay
If you’re lost, we’re all a little lost and it’s alright
It’s alright, it’s alright, it’s alright, it’s alright”
Pada ketika itu, dia tidak menyangka untuk mendapat Golden Buzzer daripada juri, Simon Cowell atas persembahnya nyanyiannya yang bertajuk ‘It’s Okay.’ Malangnya belum sempat untuk mara ke peringkat seterusnya, dia menarik diri kerana kanser.
Video klip persembahannya itu kini ditonton lebih 40 juta kali di Youtube.
Justeru itu, rancangan AGT turut menyiarkan segmen tribut untuk penghormatan terakhirnya di akaun media sosial.
“Suara, cerita dan mesej anda telah menyentuh hati jutaan orang. Nightbirde akan sentiasa menjadi ‘keluarga’ AGT. Tenang di Sana, Jane”
View this post on Instagram
Sumber: BBC