Tidak dinafikan tarikh hari ini sangat istimewa, 22.2.22 menjadi pilihan ramai melangsungkan hari bahagia mereka bahkan ada yang menyambut kelahiran cahaya mata.
Terkini, beberapa selebriti tanah air menimbang cahaya mata mereka pada hari ini antaranya pasangan penyanyi terkenal Erni Zakri yang berkongsi berita gembira di laman Instagramnya tentang kelahiran puteri sulung mereka pada pukul 10.14 pagi Selasa.
“Assalamualaikum, syukur Alhamdulillah. Cinta hati daddy dan ibu telah selamat dilahirkan pada 22.02.22 pada jam 10.14 pagi tadi…”
Suaminya, Syamel turut berkongsi berita gembira yang sama di laman Instagram.
“Syukur Alhamdulillah , Cinta hati Ibu & Daddy selamat dilahirkan jam 10.14 a.m tadi. Senang daddy ingat birthday , 22.02.2022.
Doakan kesihatan anak solehah Bangmel dan KakNinie, semoga mereka berdua berada dalam keadaan baik dan sentiasa dalam rahmatNya…”
Sementara itu, penyanyi Kaka Azraff turut berkongsi tarikh kelahiran anak keduanya pada hari ini. Selain itu, raja pop Malaysia, Datuk Jamal Abdillah juga menimang cahaya mata yang kelima pada Selasa.
Syukur pada Allah. Im officially a mother of two 💙 22.2.22 00:05AM
— Kaka Azraff (@KakaAzraff) February 21, 2022
“Assalammualaikum… Alhamdullilah telah lahir anak lelaki saya
Mohon doa semoga menjadi anak yg soleh .. amin.
ALHAMDULILLAH,SELESAI SUDAH.GEMENTAR SEHINGGAKAN AZAN PUN TERSASUL.TERIMA KASIH SEMUA.”
View this post on Instagram
Pada masa yang sama, penyanyi dan Youtuber terkenal Indonesia, Aurel Hermansyah turut selamat bersalin pada tarikh yang sama.
Rata-rata pengikut laman sosial termasuk rakan artis mengucapkan tahniah kepada mereka yang baru sahaja menambah ahli baharu dalam keluarga mereka.
View this post on Instagram
Sumber: Syamel, Kaka Azraff, Jamal Abdillah