Siakap Keli
Gambar: Bernama

Hishammuddin Hussein Positif COVID-19

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein disahkan positif COVID-19, hari ini.

Dalam kenyataan menerusi Facebook pagi ini, Hishammuddin dikatakan sebelum itu telah menjalani ujian pengesanan jenis RT-PCR pada Jumaat dan mendapat keputusan negatif.

“Beliau sememangnya menjalani ujian pengesanan COVID-19 jenis RT-PCR secara berkala selain turut kerap melakukan ujian pengesanan secara kendiri (self-test) melalui kaedah RTK Antigen. Kali terakhir beliau menjalani ujian pengesanan jenis RT-PCR dan mendapat keputusan negatif COVID-19 ialah pada Jumaat, 18 Februari 2022.

“Dato’ Seri Hishammuddin Hussein akan terus memantau dan menjalankan tugas-tugasnya yang sesuai dilaksanakan sepanjang tempoh isolasi,” kata kenyataan.

Sumber: Kementerian Pertahanan Malaysia

Aireena Marizan

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.