Siakap Keli
Gambar via Oddity Central

4 Tahun Derita, Kongsi ‘Nyawa’ Dengan Kulat Hitam Dalam Otak

Seorang pemuda dari Rhode Island, US terpaksa hidup dengan otak yang rosak 70 peratus gara-gara terpaksa ‘berkongsi’ nyawa dengan sejenis ‘hidupan asing’ yang tumbuh di dalam organ itu, lapor Oddity Central.

Pemuda berkenaan, Tyson Bottenus, 35, disahkan mengalami jangkitan Cladophialophora bantiana, iaitu ketumbuhan sejenis kulat eksotik berwarna hitam yang sangat jarang ditemui serta pernah difailkan ‘wujud’ sejak 1911.

Menurut Oddity, kulat hitam tersebut menjadikan otaknya sebagai perumah yang menyebabkan pelbagai gejala penyakit yang dialaminya sejak empat tahun yang lalu.

Sejarah dijangkiti

Memetik Oddity Central, segalanya bermula kira-kira empat tahun yang lalu ketika dia dan tunangnya, Liza merancang untuk meraikan pertunangan mereka dengan berbasikal di sekitar Costa Rica.

Pada awalnya semua baik sahaja, sehinggalah Tyson tiba-tiba terjatuh dari basikalnya hingga tercedera di bahagian siku. Namun disebabkan tidak serius, dia hanya membalut lukanya dan pergi ke klinik keesokan hari.

Jururawat di klinik mendakwa kebiasaannya penunggang basikal yang datang untuk dirawat akan mengalami kawasan cedera yang sama (di siku) dan jelasnya, luka itu akan sembuh dengan cepat.

Gambar via Oddity Central

Bagaimanapun selepas beberapa minggu, Tyson dilapor mula mengalami gejala-gejala pelik seperti sakit kepala yang teruk, lumpuh di bahagian muka dan sukar untuk ketawa.

Oleh itu, dia terpaksa menghubungi doktor dengan segera dan turut dicadangkan (oleh doktor) untuk melakukan imbasan pengimejan resonans magnetik atau MRI.

“Apabila mengetahui bahawa Tyson sebelum itu bercuti di Costa Rica, doktor turut melakukan cysticercosis, sejenis ujian kepada otak untuk mengenal pasti penyakit yang disebabkan amalan makan daging khinzir mentah.

Dalam masa sama, dia turut diuji dengan beberapa ujian perubatan lain seperti penyakit lyme, AIDS dan kanser otak, namun semua keputusan adalah negatif,” lapor Oddity.

Gambar via Oddity Central

Bagaimanapun ketika sedang melakukan ujian kanser di Hospital Besar Massachusetts, doktor menemui sejenis kulat hitam di bahagian otaknya. Akhirnya ujian makmal mengesahkan bahawa ia ialah Cladophialophora bantiana.

Namun menurut Oddity, doktor tidak dapat mengenal pasti punca jangkitannya dengan tepat, tetapi mereka mendakwa bahawa Tyson mungkin dijangkiti kulat tersebut melalui lukanya (ketika jatuh basikal) sebelum itu.

“Tyson bernasib baik kerana masih hidup kerana benda hitam tersebut boleh menyebabkan kematian dengan kadar 70 peratus.

“Dia akan melakukan pelbagai cara untuk terus bertahan. Jika boleh, Tyson ingin mengeluarkan kulat itu dari otaknya. Tapi ia satu tindakan yang sukar, ” tambah Oddity.

Untuk rekod, kulat tersebut mula direkodkan kewujudannya pada tahun 1911 lalu dan ia dikatakan sangat jarang ditemui. Namun sejak tahun itu, hanya 120 kes sahaja direkodkan dan separuh daripadanya di India.

Sumber: Oddity Central

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.