Siakap Keli
Kredit: The Mirror

Lelaki Ini Mahu Jual Pantai Berharga RM284 Ribu

Seorang lelaki dari Skegness, England mengambil keputusan untuk menjual pantai yang dimilikinya selama 15 tahun dengan harga £50,000 (RM284,346.19).

Lelaki bernama Simon Adderley itu telah memiliki pantai di Ingoldmells sejak 2007 dan kini bersedia untuk menyerahkannya kepada pemilik baharu.

Menurut Adderley, sejak dia meletakkan iklan penjualan pantai tersebut, dia telah menerima 750 pertanyaan dengan 250 orang daripada mereka dianggap sebagai pembeli serius.

Namun begitu, lelaki berusia 57 tahun itu telah berikrar untuk menjual pantai tersebut kepada pembeli yang mempunyai semangat dan keazaman untuk memelihara alam semula jadi dan pemandangan pantai itu sahaja, lapor Lincolnshire Live .

“Bahagian yang paling menyeronokkan adalah dapat pergi ke pantai lebih awal sebelum orang lain. Kami dapat melihat rusa, arnab dan musang di pantai.

”Perasaan itu adalah satu keistimewaan yang sebenar-benarnya. Ia sangat istimewa,” katanya.

Adderley berkata, sebelum membuat keputusan untuk menjual pantai itu kepada pemilik baharu, dia perlu mengetahui apakah niat pembeli tersebut untuk memilikinya.

Sumber: The Mirror

Akhmar Ikmal

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.