Siakap Keli
Kredit: Indozone

Tak Meninggalkan Kesan Pada Kain, Ini Lima Fakta Menarik Mengenai Cap Jari Manusia

Cap jari sangat penting terutamanya dalam proses untuk mengenal pasti identiti seseorang. Sebagai contoh, meskipun mangsa kemalangan tidak dapat dikenal pasti, cap jari adalah jawapan untuk mendedahkan maklumat mangsa.

Memetik portal rasmi MyHealth, corak permukaan cap jari mempunyai ciri-ciri yang unik yang terbentuk sebelum kelahiran dan kekal hingga seseorang itu mati dan mereput.

Keunikan ini sekaligus membolehkan cap jari digunakan sebagai kaedah pengecaman yang berkesan. Berikut kami kongsikan lima fakta menarik tentang cap jari yang anda mungkin masih tidak tahu.

1. Terbentuk sejak dari dalam rahim lagi

Cap jari telah pun terbentuk sempurna sejak manusia berada dalam kandungan dengan dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antara faktor tersebut adalah nutrisi pemakanan, tekanan darah, kedudukan janin dalam rahim dan juga kecepatan pertumbuhan jari dalam kandungan.

2. Cap jari berbeza-beza antara setiap orang

Oleh disebabkan ia terbentuk sejak berada dalam rahim lagi, cap jari setiap orang adalah berbeza. Hal ini dikatakan sedemikian kerana nutrisi, gizi dan gen yang terbentuk daripada setiap bayi dalam kandungan pastinya mempunyai tumbesaran dan perkembangan yang berbeza.

Tak usah susahkan diri dengan membezakan cap jari anda dengan orang lain, bezakan sahaja cap jari kanan dan kiri anda. Ia pasti berbeza.

3. Bantu mencengkam sesuatu barang

Kebolehan mencengkam sesuatu barang adalah disebabkan oleh daya tarikan tapak tangan seseorang. Namun begitu, ia juga sebenarnya disokong oleh keupayaan cap jari.

Secara biologi, cap jari mempunyai fungsi untuk menambah kekuatan tangan ketika sedang menggenggam sesuatu benda. Dengan adanya cap jari, objek yang anda pegang tidak akan mudah jatuh.

Hal ini disebabkan oleh fungsi cap jari itu sendiri iaitu ia dapat membuatkan permukaan jari menjadi kasar sehingga berlakunya retensi agar seseorang boleh memegang sesuatu objek.

4. Tidak meninggalkan kesan pada kain

Cap jari boleh dilekatkan pada objek seperti pisau, botol air dan sebagainya. Oleh itu, sekiranya berlaku sesuatu perkara diluar jangka, maka pihak bertanggungjawab hanya perlu memeriksa cap jari untuk mendedahkan siapa pelakunya.

Walau bagaimanapun, cap jari tidak boleh meninggalkan kesan di semua permukaan objek. Seperti kain, cap jari tidak boleh melekat pada permukaannnya.

Hal ini kerana cap jari meninggalkan kesan dengan mengeluarkan minyak semula jadi. Minyak itulah yang meninggalkan kesan pada permukaan objek.

Manakala di permukaan fabrik pula, ia mempunyai sifat menyerap cecair sehingga minyak yang sepatutnya melekatkan cap jari telah diserap oleh fabrik itu.

5. Tidak boleh berubah

Meskipun usia seseorang semakin bertambah, cap jari tidak akan pernah berubah. Itulah sebabnya ramai orang membuat proses mengenal pasti cap jari lebih awal bertujuan bagi menyimpan data mereka dengan selamat.

Sumber: Indozone

Akhmar Ikmal

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: