Siakap Keli

Awas, Tolong JANGAN Buat 15 Kesalahan Ini Kalau Tak Nak Didenda Hingga RM20K Oleh LHDN

Pembayaran cukai pendapatan yang dikenakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) adalah diwajibkan kepada sesetengah individu atau pihak yang pendapatannya mencapai kadar yang ditentukan.

Namun tidak dinafikan, wujud juga beberapa kesalahan yang kerap dilakukan oleh segelintir pihak dalam urusan pembayaran cukai, laporan, kesalahan maklumat dan sebagainya hingga menimbulkan masalah.

Percaya atau tidak, anda sebenarnya boleh dikenakan hukuman denda mahupun penalti sekiranya melakukan kesalahan-kesalahan tersebut. Ini semestinya akan ‘mencalarkan’ reputasi anda sendiri.

BACA JUGA: Berapa Sebenarnya Jumlah Gaji Yang LAYAK Dikenakan ‘Income Tax’? Ini Jawab LHDN

Jadi nak tahu apakah senarai kesalahan dan denda atau penalti oleh LHDN seperti yang termaktub di bawah Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967? Mari ikuti perkongsian daripada laman sesawang LHDN di bawah ini.

Semoga bermanfaat!

Kesalahan, Denda & Penalti

1. Tidak mengembalikan Borang Nyata Cukai Pendapatan

  • Peruntukan di bawah ACP 1967: 112(1)
  • Jumlah denda: RM 200 hingga RM 20,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya

2. Tidak memaklumkan layak dikenakan cukai 

  • Peruntukan di bawah ACP 1967: 112(1)
  • Jumlah denda: RM 200 hingga RM 20,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya

3. Tidak melaporkan pendapatan sebenar di dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan

  • Peruntukan di bawah ACP 1967: 113(1)(a)
  • Jumlah denda: RM1,000 hingga RM10,000 DAN 200% atas cukai terkurang lapor

4. Memberi maklumat tidak tepat mengenai tanggungan cukai sendiri / orang lain

  • Peruntukan di bawah ACP 1967: 113(1)(b)
  • Jumlah denda: RM1,000 hingga RM10,000 DAN 200% atas cukai terkurang lapor

5. Sengaja mengelak cukai / membantu orang lain mengelak cukai 

  • Peruntukan di bawah ACP 1967: 114(1)
  • Jumlah denda: RM1,000 hingga RM20,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya DAN 300% atas cukai terkurang lapor

6. Membantu / menasihati orang lain dalam penyediaan Borang Nyata Cukai Pendapatan menyebabkan terkurang cukai 

  • Peruntukan di bawah ACP 1967: 114(1A)
  • Jumlah denda: RM2,000 hingga RM20,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya

7. Meninggalkan negara tanpa membayar cukai 

  • Peruntukan di bawah ACP 1967: 115(1)
  • Jumlah denda: RM200 hingga RM20,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya

8. Menganggu / menghalang pegawai LHDNM menjalankan tugas 

  • Peruntukan di bawah ACP 1967: 116
  • Jumlah denda: RM1,000 hingga RM10,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya

9. Tidak menyimpan rekod 

  • Peruntukan di bawah ACP 1967: 119A
  • Jumlah denda: RM300 hingga RM10,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya

10. Tidak memberi maklumat yang dikehendaki oleh LHDNM

  • Peruntukan di bawah ACP 1967: 120(1)
  • Jumlah denda: RM200 hingga 20,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya

11. Tidak melaporkan pertukaran alamat dalam tempoh 3 bulan 

  • Peruntukan di bawah ACP 1967: – 120(1)
  • Jumlah denda: RM200 hingga RM20,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya

Bayaran Cukai Pendapatan

Merujuk LHDN, terdapat dua jenis kesalahan mengenai bayaran cukai pendapatan iaitu membayar cukai selepas 30 April dan membayar cukai selepas 30 Jun.

Untuk keterangan lebih jelas, boleh rujuk pada jadual di bawah (petikan daripada laman sesawang LHDN).

Sumber: LHDN

Sumber: LHDN

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.