Sejak kebelakangan ini, banyak video dan cerita seram yang dimuat naik sama ada di luar mahupun dalam negara. Pelbagai jenis ragam dan hantu yang kita dapat lihat dan telatah mereka yang diganggu ada yang melucukan.
Terbaru, menerusi video Tiktok yang dimuat naik oleh Crow Ghost Adventures, mereka kongsikan sebuah video yang seram dan boleh buat bulu roma berdiri tegak, memang seram.
Menerusi video tersebut, pada awalnya seorang kanak-kanak perempuan duduk di depan almari. Tiba-tiba jelas kelihatan dua pasang tangan dari arah belakang sedang membelai rambutnya.
Namun, apabila individu yang merakam tersebut mendekati budak perempuan itu, dua pasang tangan tadi hilang dengan sekelip mata. Tidak pasti adalah ia lari ataupun lesap secara misteri.
Apa yang peliknya, kanak-kanak itu kelihatan seperti sedang kaku dan tidak bergerak. Mungkin juga sedang tidur, tapi tak dapat dijelaskan kenapa dia tak beri respon sebaik saja dikejutkan oleh perakam tersebut.
Untuk gambaran yang lebih jelas, korang boleh tonton video yang kami telah sertakan di bawah ini. Amaran, jangan lihat seorang diri dan selamat menonton.
@crowghostadventures DO NOT WATCH THIS ALONE…. #HobbyCGAmahalBossku #fyp
♬ Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects
Sumber: Tiktok Crow Ghost Adventures