Siakap Keli
Kredit: Metro UK

5 Cara Buang ‘Sampah’ Elektronik Dengan Selamat

Dengan kepesatan industri elektronik kini, pelbagai produk dan gadget teknologi baru diciptakan untuk memenuhi permintaan orang ramai. Jika sudah terlalu banyak gadget dan produk eletronik yang baru, maka yang lama sudah pasti hanya akan hiasan di rak-rak di rumah anda, bukan?

Menurut Green Clean Guide, semua sisa elektronik terdiri daripada bahan kimia berbahaya seperti plumbum, kadium, berilium, merkuri dan kalis api bromin. Hal ini akan mencemarkan bumi (tanah) jika kita membuangnya sembarangan.

Jadi di mana tempat yang sepatutnya kita buang semua sampah peralatan elektronik yang sepatutnya? Hari ini Siakap Keli kongsikan di mana korang boleh buang barangan tersebut dengan selamat.

1. Berikan sisa elektronik anda kepada pengitar semula e-sisa bertauliah

Kebaikan dalam mengitar semula dalam ‘E-sisa’ atau e-waste ini adalah anda mempunyai beberapa pilihan pusat kitar semula. Jika di Malaysia ‘E-waste’ kita dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar yang boleh kita jadikan tempat pembuangan alatan elektronik yang sudah rosak.

Langkah berjaga-jaga yang perlu diambil sebelum menderma atau mengitar semula barangan elektronik anda:-

  • Upgrade komputer anda terlebih dahulu sebelum bercadang menukarkan yang baru.
  • Format semua maklumat pribadi anda sebelum kitar semula.
  • Tanggalkan bateri pada devices.

2. Jual barangan elektronik yang sudah ‘outdated

Seperti pepatah lama inggeris yang dipetik dari Green Clean Guide “One man’s junk is another man’s treasure” yang bermaksud sampah seroang lelaki adalah harta untuk lelaki yang lain.

Anda boleh menyingkirkan barangan elektronik anda dengan menjual semuanya di platform perniagaan atas talian seperti eBay, Carousell atau Shopee. Selain itu, anda juga boleh melakukan jualan garaj atau yang agak terkenal di Malaysia, iaitu jualan ‘car boot sale’.

Selain dapat menyingkirkan barangan yang sudah tidak digunakan, anda juga akan peroleh sedikit duit ‘poket’ daripada hasil jualan tersebut.

3. Dermakan barangan yang sudah lama dan tidak pakai

Alatan elektronik anda yang lama dan tidak perlukan lagi boleh juga didermakan kerana ia mungkin berguna kepada orang lain. Komputer lama anda mungkin berguna kepada NGO atau pelajar.

Anda harus mempersoalkan hal ini sebelum melupuskan barangan elektronik yang lama, adakah barang elektronik berfungsi? Adakah komputer mempunyai sebarang maklumat peribadi anda? Banyak organisasi dan perniagaan yang menawarkan program pendermaan elektronik yang boleh anda pilih.

4. Program sivik institusi

Kebiasaannya, di sektor-sektor kerajaan seperti sekolah atau universiti akan ada program kitar semula yang dianjurkan oleh organisasi. Oleh itu, anda boleh dapatkan pengesahan tarikh dari institusi berikut dan berikan kepada mereka.

5. Berikan semula kepada syarikat elektronik dan terima ‘habuan’

Terdapat banyak syarikat elektronik yang melakukan pertukaran di mana mereka mengambil semula peralatan dari syarikat ketika anda beli yang baru. Ada juga yang memberikan diskaun untuk pembelian yang baru.

Sumber: Green Clean Guide

 

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.