Siakap Keli
Gambar: FB Altimat Auto Garage

Ada Warna Hijau, Biru & Bernombor, Ini Sebenarnya Maksud Warna ‘Signboard’ Yang Ramai Tak Tahu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sebagai pengguna jalan raya, tentu anda selalu perasan perbezaan warna yang ada pada papan tanda jalan raya. Ada yang warna biru, hijau, coklat dan ada juga yang ada huruf dan nombor. Ia membuat kita tertanya-tanya, apakah makna di sebalik warna dan huruf tersebut.

Sebenarnya, setiap papan tanda itu ada maknanya tersendiri yang telah direka untuk memudahkan pemanduan kita sebagai seorang pengguna jalan raya.

Menerusi satu hantaran di akaun Facebook Altimat Auto Garage, ada berkongsikan tentang maksud di sebalik warna, huruf dan nombor yang ada pada papan tanda jalan raya.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh ikuti perkongsian di bawah ini.

Yang warna hijau ni apa pulak?

Ketika sedang memandu terutama di jalan-jalan utama, kita akan lihat pelbagai jenis papan tanda dengan berbagai warna. Kadang-kadang kita tertanya-tanya apa maksud warna pada tulisan dan papan tanda ini?
.
Ok, jom kami kongsikan maksud warna untuk beberapa papan tanda yang sering kita lihat.
.
1. Papan Tanda Biru.
Papan tanda ini menunjukkan anda sedang memandu dalam laluan tanpa tol sama ada atas jalan raya persekutuan, negeri atau perbandaran.
.
2. Papan Tanda Hijau.
Ini pula papan tanda yang menunjukkan anda sedang memandu dalam laluan bertol atau lebuh raya.
.
3. Huruf ā€˜Eā€™
‘E’ ialah singkatan kepada perkataan Expressway, iaitu lebuh raya. Huruf ‘E’ bertujuan memaklumkan yang anda sedang atau akan memasuki laluan lebuh raya.
.
4. Nama Kuning
Tulisan kuning pada papan tanda biru untuk nama jalan.
.
5. Nama Putih
Tulisan putih papan tanda biru untuk nama bandar dan kawasan.
.
6. Nama Putih, papan tanda Marun
Bermaksud destinasi perlancongan.
.
7. Nama kuning, papan tanda hijau.
Bermaksud untuk bangunan Kerajaan.
.
Ada banyak lagi maklumat berkaitan papan tanda yang kita perlu tahu. InsyaAllah kami kan kongsikan pada muat naik kami yang akan datang.
.
Selain berkongsi hal-hal berkaitan teknikal kereta, kami juga akan kongsikan info umum yang berkaitan dan bersesuaian agar kami lebih pelbagai dalam memberi informasi.
.
Semoga bermanfaat.

Sumber: Facebook Altimat Auto Garage

Aireena Marizan

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.