Siakap Keli
Gambar via Bernama

COVID-19: 43 Lagi Kematian Direkodkan, 20 Kes Di Luar Hospital

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan terdapat 43 pertambahan kes kematian akibat COVID-19 di Malaysia direkodkan, setakat tengah malam tadi.

Angka tersebut sekaligus menjadikan kes kematian akibat COVID-19 secara keseluruhan di negara ini bertambah kepada 32,433 kes.

Melalui kemaskini data KKM di portal COVIDNOW, 20 daripada 43 kes kematian adalah brought in-dead (BID) iaitu berlaku di luar hospital.

Setakat ini, 267,084 kes aktif dilaporkan di seluruh Malaysia di mana 95.3 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah, 4,704 kuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) dan 7,574 lagi membabitkan kes kemasukan ke hospital.

Kes kemasukan ke hospital setakat tengah malam tadi melibatkan 106 kes penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 180 kes yang memerlukan bantuan ventilator.

Sumber: COVIDNOW

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.