Siakap Keli

Infinix Malaysia Memperkenalkan Spesifikasi Tertinggi Dalam Siri ZERO Terkini, ZERO X PRO dan ZERO 5G

KUALA LUMPUR, 23 FEBRUARI 2022 – Perhatian warga Malaysia! Infinix, jenama yang kian popular dalam pasaran elektronik pengguna kini memperkenalkan peranti pintar dipacu prestasi yang paling bernilai pada Mac 2022 dengan mengemaskini rangkaian siri Infinix ZERO dengan menawarkan Infinix ZERO X Pro dan Infinix ZERO 5G – lalu meningkatkan lagi portfolio ZERO

Siri Infinix ZERO terkenal dengan prestasi hebatnya, sistem kamera yang lengkap, reka bentuk yang menakjubkan dan spesifikasi berkuasa yang boleh memberi inspirasi kepada golongan dewasa yang bergaya muda serta golongan profesional yang mahu meneroka kreativiti mereka. Jenama inovatif ini kini bersedia untuk membuka pengalaman baharu untuk peminat mereka dengan mengembangkan koleksi ZERO untuk merangkumi ZERO X Pro dan ZERO 5G yang membolehkan Premiumisasi dan ketersediaan 5G.

William Chen, Pengarah Infinix Malaysia berkata bahawa dengan maklum balas positif yang diterima hasil tinjauan yang dijalankan berdasarkan pelancaran ZERO X Neo pada Oktober 2021, Infinix menyaksikan peningkatan permintaan untuk Siri ZERO dan ini telah mendorong mereka untuk melancarkan ZERO X Pro dan ZERO 5G di Malaysia pada Mac 2022.

“Infinix bukan sahaja jenama yang menggabungkan prestasi berkualiti, teknologi termaju dan reka bentuk inovatif pada harga yang berpatutan berbanding peranti pintar lain dalam pasaran, tetapi Infinix juga terkenal dengan ciptaan peranti yang memenuhi keperluan pengguna di pasaran yang baharu. Kami mendengar dan memahami pengguna kami dan oleh itu, kami meneliti setiap aspek inovasi Infinix untuk menyampaikan pengalaman pengguna yang terbaik. Kami juga komited untuk menawarkan teknologi yang berfungsi tinggi dan boleh diakses tanpa menjejaskan kualiti dan spesifikasi,” jelas William.

“Sambil menuju ke arah premiumisasi dan menyediakan rakyat Malaysia dengan peranti pintar “kalis masa depan”, kami pasti pengeluaran terbaharu kami akan menandakan satu kejayaan untuk pasaran Malaysia.”

HELLO TO THE NEW BEYOND dengan ZERO X Pro yang Lebih Canggih dan Berkuasa

ZERO X Pro, ataupun “camera flagship killer” dilengkapi dengan kamera utama yang menawarkan teknologi fokus penuh berprestasi tinggi melalui sistem pengimejan hujung ke hujung yang lengkap yang meningkatkan kandungan visual. ZERO X Pro menempatkan Enjin Algoritma Galileo Infinix serta kamera Moonshot periskop 60X. ZERO X Pro mampu menghasilkan pengalaman fotografi yang mengagumkan kerana ia memberikan pengguna kebolehan untuk mengezum ke bulan – merealisasikan sesuatu yang dianggap mustahil.

ZERO X Pro dilengkapi dengan lensa utama Venti ultra-malam OIS 108MP, lensa periskop 8MP dengan zum optik 5X dan zum hibrid 60X, dan lensa ultra lebar dan makro 120° bidang pandangan (FOV) 8MP. Kamera ini dipertingkatkan lagi dengan cahaya (flash) Quad-LED dan penyelesaian Penstabilan Imej Hibrid Infinix yang inovatif (termasuk OIS+EIS) untuk menangkap setiap butiran dalam medan pandangan yang lebih besar dengan lancar sambil mengurangkan kekaburan imej. 

Pengguna juga boleh menikmati pengalaman menonton yang selesa pada siang dan malam dengan paparan diod pemancar cahaya organik (AMOLED) matrik aktif 6.67” ZERO X Pro dengan kadar pensampelan sentuh 240Hz dan kadar segar semula 120Hz. ZERO X Pro didatangkan dengan bateri 4500mAh dengan teknologi pengecasan pantas 45W dan teknologi pengecasan pantas selamat TÜV Rheinland yang membolehkan pengecasan peranti kepada 40% dalam masa 15 minit dengan keselamatan dan jaminan tambahan.

Ciri utama lain Infinix ZERO X Pro termasuk:

  • Universal Flash Storage (UFS) 2.2 dengan Write Booster: Write Booster Infinix meningkatkan kelajuan menulis dan membaca untuk mempercepatkan pemuatan aplikasi dan cache serta mengurangkan kelewatan atau ketinggalan (lagging) semasa menukar dan membuka aplikasi yang berbeza.
  • Teknologi Audio: Gabungan hebat teknologi Smart PA dan DTS meningkatkan amplitud dan kenyaringan untuk mencipta pengalaman bunyi sekeliling.
  • Infinix’s Dar-Link 2.0: Perisian ini meningkatkan kestabilan imej dan kepekaan kawalan sentuhan berdasarkan algoritma AI, dan pada masa yang sama menurunkan suhu peranti untuk memberikan pengalaman permainan yang mengasyikkan.
  • Perisian XOS 10.0: Sistem pengendalian terbaharu Infinix menyepadukan aplikasi yang direka bentuk untuk kehidupan yang lebih pintar, seperti Phone Cloner untuk memindahkan semua data ke peranti baharu dengan mudah, Game Zone Permainan untuk mengurus permainan secara bijak dengan menyekat gangguan seperti mesej dan panggilan masuk, dan Doc Correction yang membetulkan dokumen secara automatik dan melaraskan mengikut keperluan untuk pembacaan yang lebih menyenangkan. Infinix memastikan perisian sentiasa dikemas kini jadi nantikanlah kemas kini yang akan datang.

Peranti 5G Infinix Pertama yang Menawarkan Kecekapan di Luar Jangkaan – ZERO 5G

Landskap teknologi sentiasa berubah dan pengguna moden sering memerlukan peranti pintar yang lengkap dan hebat untuk memenuhi keperluan mereka. Infinix ZERO 5G bukan sahaja mampu menampung keperluan pengguna, ia juga disepadukan dengan ciri-ciri yang menjadikannya peranti pintar “kalis masa depan”. Infinix ZERO 5G dilengkapi dengan cipset MediaTek Dimensity 900 5G 6nm berkuasa yang mampu menghasilkan pengalaman pengguna yang penuh dan cekap kuasa.

Cip MediaTek Dimensity 900 5G dilengkapi dengan unit pemprosesan pusat (CPU) okta-teras yang terdiri daripada dua pemproses Arm Cortex-A78 dengan kelajuan jam sehingga 2.4GHz dan enam teras Arm Cortex- A55 yang beroperasi sehingga 2GHz untuk menghasilkan respons aplikasi yang lebih pantas, bingkai sesaat (FPS) yang lebih pantas untuk permainan dan pengalaman kesinambungan yang lebih baik. Dengan unit pemprosesan grafik (GPU) Arm Mali-G68 MC4 dan unit pemprosesan (APU) kecerdasan buatan (AI) bebas, kecekapan kuasa dioptimumkan untuk memanjangkan lagi hayat bateri pemain mudah alih.

ZERO 5G menampilkan kamera utama 48MP yang jelas dengan 30x ultra-zum yang terdiri daripada kamera potret 13MP dan kamera maya 2MP. Kamera hadapan sangat sesuai untuk peminat swafoto kerana ia menampilkan 16MP dwi-cahaya dan teknologi penangkapan kecerdasan buatan (AI) yang dipertingkatkan untuk memanfaatkan titik fokus tanpa kira sudut atau keadaan pencahayaan.

Ciri utama lain ZERO 5G Infinix termasuk:

  • Universal Flash Storage UFS 3.1 and LPDDR5: Storan Flash Universal UFS 3.1 dan LPDDR5: LPDDR5 membawa ketinggian baharu kelajuan untuk peranti pintar ZERO 5G dimana ia meningkatkan prestasi memori dengan ketara dan seterusnya mengurangkan penggunaan kuasa. Sebagai rangsangan tambahan, storan berasaskan UFS 3.1 menggandakan prestasi bacaan berurutan dan meningkatkan kelajuan muat turun.
  • Bateri 5000mAh dan pengecasan pantas 33W: Bateri 5000mAh menyokong penggunaan sepanjang hari dan boleh dicas dengan cepat dengan teknologi pengecasan pantas selamat TÜV Rheinland yang membolehkan peranti pintar bertahan selama 9.4 jam permainan, 27 hari dalam keadaan siap sedia, 22 jam panggilan, dan 152 jam main balik muzik (data ujian disediakan oleh makmal Infinix).
  • Infinix’s Dar-Link 2.0: Perisian ini meningkatkan kestabilan imej dan kepekaan kawalan sentuhan berdasarkan algoritma AI, dan pada masa yang sama menurunkan suhu peranti untuk memberikan pengalaman permainan yang mengasyikkan.
  • XArena: Meningkatkan pengalaman permainan dengan menyepadukan aplikasi permainan ke dalam satu zon, untuk boost permainan. Terdapat tetapan pantas yang membolehkan anda bermain tanpa gangguan dengan penyekatan mesej dan panggilan masuk.
  • Heat Pipe Thermal Module 2.0: Ciri ini memantau suhu telefon pintar ZERO 5G secara sistematik supaya pengguna boleh bermain tanpa merisaukan suhu peranti.
  • Android XOS 10.0: Perisian XOS 10 ZERO 5G menawarkan antara muka yang dipertingkatkan, pembantu suara AI, pembantu pintar, phone cloner 2.0 dan doc correction. Untuk keselamatan yang dipertingkatkan, ia turut dilengkapi dengan X-proof yang melindungi skrin dari dalam, dan penjejak privasi supaya pengguna boleh memastikan pengawalan maklumat peribadi apabila ia dikongsi, kerana data tidak akan pernah dimuat naik ke Cloud.

Harga dan Promosi Eksklusif

Infinix Zero X Pro

ROM & RAM: 128+8 or 256+8

Warna: Nebula Black, Starry Silver dan Tuscany Brown

SRP: RM1,199 – RM1,299

Infinix Zero 5G

ROM &RAM: 128+8

Warna: Cosmic Black, Skylight Orange, Horizon Blue.

SRP: RM1,099

Tips untuk Mendapat Harga Promosi:

03.03.2022 : Pra Jualan (Potongan RM100, Infinix Smartwatch sebagai hadiah dengan pembelian – terhad kepada 200 pelanggan sahaja)

09.03.2022 : Pelancaran Rasmi Produk (potongan RM100)

15.03.2022 : Kempen Mega Shopee (potongan RM100)

25.03.2022 : Jualan PayDay Shopee (potongan RM100)

Semua produk akan dilancarkan secara eksklusif di Kedai Rasmi Infinix AIOT di Shopee bermula 3 Mac 2022 dengan baucar istimewa. Selain itu, pelanggan yang membeli mana-mana daripada dua model Siri ZERO ini akan berpeluang untuk pulang dengan Infinix INBook X1 Pro. Butiran lanjut akan diumumkan kemudian oleh Infinix, nantikan pengumuman di akaun sosial Infinix Malaysia (@infinixmobilemalaysia).

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini mengenai siri ZERO, sila kunjungi laman web Infinix Malaysia, halaman Facebook, halaman Instagram dan Kedai Rasmi di Shopee.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.