Sebagai penggemar mukbang, sudah pasti anda akan terliur dengan apa sahaja hidangan yang dimakan oleh mereka. Bunyi kriuk-kriuk makanan tersebut kadangkala membuat anda semakin membuak-buak untuk mencuba hidangan itu.
Bagi anda yang sudah biasa menonton mukbang dari China, tentunya anda tahu satu hidangan viral yang dikenali sebagai bawang putih laba atau laba garlic.
Hidangan ini juga menjadi tular sehingga menyebabkan ramai warganet berasa teruja untuk mencubanya. Menerusi satu hantaran di Facebook Masak Apa Hari Ini, AJ Idris ada berkongsikan resepi bawang putih laba atau laba garlic ini.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang cara penyediaannya, anda boleh baca artikel di bawah ini.
Laba Garlic
Terpengaruh sungguh dengan mukbang viral China, nampak diorang makan benda kecil hijau rangup-rangup macam petai. Rupanya bawang putih jeruk.
Bawang Putih Laba (Laba Suan) dibuat pada hari ke-8 (LaBa) dalam bulan ke-12 dalam Kalender Lunar Cina, yang dianggap sebagai hari paling sejuk di China Utara. Makanan tradisional Cina ini selalu dihidangkan bersama daging atau makanan berminyak.
Khasiat Pemakanan:
Laba Garlic dipercayai mampu memperbaiki sistem penghadaman, anti penuaan serta anti-kanser.
Resepi Laba Bawang Putih
Bahan-bahan:
3 labu bawang putih dikupas kulit dan dibuang pangkalnya, dicuci bersih dan toskan.
1 cawan cuka beras (warna coklat atau putih). Saya gantikan dengan cuka makan biasa je
1 sudu besar gula batu
Cara:
Masukkan bawang putih yang dikupas ke dalam balang. Masukkan gula batu dan tuang cuka hingga menutupi bawang. Tutup balang dan biarkan (pada suhu bilik) hingga warna hijau emerald terhasil (ambil masa lima hari atau lebih). Lagi lama lagi cantik hijaunya.
Siap daaa…
*Sekali dah buka, kena simpan dalam peti sejuk ya*

Sumber: Facebook Masak Apa Hari Ini