Tidak dinafikan lagi, hobi memancing kebiasaannya digemari oleh kaum lelaki. Memancing memang memerlukan kesabaran yang tinggi untuk menunggu masa ikan ditangkap.
Namun, ramai juga yang tidak suka memancing kerana tiada kesabaran dan ketenangan semasa menunggu yang kadang mengambil masa lebih dari satu jam.
Terbaru, tular di media sosial tentang seorang kanak-kanak lelaki kelihatan seperti ‘profesional’ semasa memancing telah curi tumpuan orang ramai terutamanya kumpulan ‘kaki’ pancing.
Menerusi video yang dikongsikan di Tiktok @hafiz.jafar menunjukkan adik Akim ini dan keluarganya sedang memancing di laut. Apa yang lebih menarik perhatian, apabila gaya memancingnya itu kelihatan seperti orang profesional.
“Jangan main-main dengan dia, ingat mesin RM74 tak boleh naik ikan ka…”
Mana taknya, cara menarik joran itu bersunguh-sungguh tambahan ikan yang dia dapat agak bersaiz besar. Dalam video ini dia kelihatan sangat teruja dengan hasil tangkapannya pada hari tersebut.
Menurut Encik Hafiz semasa dihubungi, mereka pergi memancing bersama-samac menaiki bot yang sama dan tidak menyangka adik Akim berjaya menangkap ikan kerapu anggaran berat 3kg di perairan Langkawi, Kedah.
@hafiz.jafar #tanjungrhu #fypシ #tanjungocean #malaysiatiktok #langkawiislandmalaysia #mangrovetouratkilimgeopark #mangrove #langkawifishing @bep4255 @user21346716
Menjengah diruangan komen, rata-rata warganet teruja dengan bakat dan gaya yang adik ini tunjukkan. Ramai yang berkata hobi ‘mahal’ ini mungkin akan dibawanya hingga dewasa kelak. Tambahan pula, sering mendapat ikan yang bersaiz besar mesti akan ‘ketagih’ memancing hingga sudah besar nanti.
Sumber: Hafiz Jafar