Siakap Keli
kenapa rusia serang ukraine

Kenapa Rusia Serang Ukraine?

Presiden Rusia, Vladimir Putin menggariskan dua alasan utama kenapa Rusia serang Ukraine dengan memasuki Donbas, wilayah yang dikawal oleh kumpulan pemisah pro-Moscow.

Dakwaan Ukraine akan menyerang wilayah Donbas

Memetik daripada laporan media tempatan, alasan pertama kenapa Rusia serang Ukraine adalah kerana pemimpin pemisah pro-Moscow telah meminta bantuan selepas mendakwa Ukraine akan menyerang wilayah mereka.

Jelasnya dalam satu rancangan siaran langsung, rakyat Donbas mengajukan permintaan bantuan kepada Rusia. Jadi, beliau membuat keputusan untuk melancarkan operasi ketenteraan khusus kepada negara tersebut.

Dakwaan terima ugutan pembunuhan beramai-ramai dari Ukraine

Alasan kedua, demi melindungi rakyatnya di Donbas dikatakan menjadi sasaran ugutan pembunuhan beramai-ramai dari  kerajaan Ukraine sejak 8 tahun lalu.

Donbas merupakan kawasan ‘panas’ konflik berdarah antara tentera Ukraine dan pemisah pro-Rusia sejak Moscow menguasai Crimea pada 2014 lalu.

“Kami cuba untuk musnahkan tentera dan bawa perkara ini ke peringkat pengadilan kerana negara Ukraine banyak melakukan ‘jenayah’ berdarah kepada orang awam,” dakwanya dalam rancangan tv tersebut.

BACA: Perancis Umum Bantuan €300 Juta Untuk Ukraine

Dakwanya lagi, tindakan yang diambil adalah untuk mempertahankan diri orang awam. Beliau berkata, operasi berkenaan bukan untuk merampas atau menduduki Ukraine.

Untuk makluman, rata-rata masyarakat yang tinggal di tiga wilayah ini, Donbas, Donetsk dan Lunansk fasih berbahasa Rusia. Bukan itu sahaja, mereka menjadikan budaya Rusia sebagai ikutan. Malah, Rusia sendiri telah menganugerahkan status kewarganegaraan kepada ratusan ribu penduduk Donbass.

Putin juga mendakwa Rusia bersikap adil dan berada di pihak yang benar. Beliau berpendapat kesejahteraan, kejayaan dan masyarakat yang kuat adalah berasal daripada pegangan kuat. Pegangan kepada nilai-nilai kebudayaan dan berdasarkan pengalaman nenek moyang mereka.

Namun begitu, tidak lama selepas Putin mengisytiharkan operasi khusus hanya di Donbass, ledakan serangan dilapor turut berlaku di mana melibatkan setidak-tidaknya 7 wilayah Ukraine termasuk ibu kota, Kyiv.

Sementara itu, harga minyak mentah telah melonjak pada Khamis berikutan pencerobohan Russia ke atas Ukraine. Harga Brent mencecah USD 100 (RM 420) setong buat kali pertama sejak 2014.

Perang itu dijangka mempunyai implikasi yang meluas untuk pasaran tenaga memandangkan Russia merupakan pengeluar gas asli kedua terbesar di dunia.

Sumber: CNN Indonesia

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.