Siakap Keli
Gambar: India Today/Hindustan Times

Lelaki Menyamar Doktor, Kahwin Dengan 27 Wanita Di 10 Negeri Semata Untuk Duit Berjaya Dicekup Polis

Seorang lelaki di India dilaporkan telah menyamar menjadi seorang doktor dan mengahwini 27 wanita dalam tempoh 20 tahun untuk mendapatkan harta mereka.

Memetik laporan Hindustan Times, lelaki berusia 66 tahun itu telah berkahwin dengan sekurang-kurangnya 27 wanita di 10 negeri dan menipu 13 bank di Kerala bernilai ₹1 crore (RM561,159)  melalui 128 kad kredit palsu pada tahun 2006.

Suspek juga telah menipu orang-orang di Hyderabad sebanyak ₹2 crore (RM1,122,139) dan menjanjikan penyertaan dalam kursus Bachelor of Medicine, Bachelor of Surgery (MBBS) untuk anak-anak mereka.

Difahamkan, wanita-wanita yang dikahwininya terdiri daripada penolong komandan Polis Sempadan Indo-Tibet, akauntan bertauliah dari Chhatisgarh, guru sekolah yang berpangkalan di New Delhi, doktor di Tezpur di Assam, dua peguam bela Mahkamah agung dan mahkamah tinggi Delhi, kakitangan kerajaan dan pegawai Perkhidmatan Pentadbiran Kerala.

Cari mangsa dalam laman web

Hasil siasatan, suspek telah mencari mangsanya melalui beberapa laman web mencari jodoh.

Kebanyakan wanita yang ditipu olehnya berumur 40 tahun ke atas yang bergelut untuk menangani tekanan masyarakat atau telah bercerai dan mempunyai masalah dalam keluarga.

“Walaupun dia kelihatan lebih tua dalam kehidupan sebenar, mangsanya tidak mengendahkannya kerana mempertimbangkan tugas kerajaannya. Suspek mengambil kesempatan sepenuhnya atas kelemahan wanita dan memasang perangkap yang rumit.

“Kita masih belum tahu berapa banyak wang yang dia dapat daripada  mangsa tetapi penilaian awal menganggarkan bahawa dia mengumpul ₹ 2-10 lakh dan motifnya berkahwin adalah kerana wang,” kata timbalan pesuruhjaya Polis Bhubaneswar, Umashankar Dash.

Kegiatannya itu bagaimanapun dapat dihidu oleh pihak polis, yang telah mengekorinya selama lapan bulan. Lelaki itu telah dikepung ketika berada di dalam sebuah kereta dan ditahan pada 13 Februari lalu oleh skuad khas polis Odisha.

Dia ditangkap berdasarkan aduan polis yang dibuat oleh salah seorang isteirnya pada Mei 2021 di bawah seksyen 498 (A), 419, 468, 471 dan 494 Kanun Keseksaan India.

Mangsa terpedaya dengan pekerjaannya

“Dia tidak kelihatan seperti apa yang kami bayangkan dan kami tidak pasti sama ada dia telah lulus peperiksaan matrikulasi atau tidak.

“Kami mengesyaki dia mencari mangsa yang tidak curiga terhadapnya dan yang mencari perlindungan serta cinta,” kata penolong pesuruhjaya polis, Sanjiv Satpathy.

Sementara itu, salah seorang mangsa yang tinggal di Madhya Pradesh yang berkahwin dengan suspek pada Julai 2020 berkata dia terpengaruh dengan iklan yang mendakwa suspek bekerja dengan kerajaan dan merupakan seorang doktor.

Dalam pada itu, suspek akan mengumpulkan wang daripada isteri-isterinya sama ada semasa atau selepas perkahwinan dengan mengambil barang kemas atau wang tunai daripada mereka.

“Selepas berkahwin, dia akan menghubungi isteri-isterinya dan mengatakan bahawa dia terperangkap di lapangan terbang kerana tiketnya telah dibatalkan atau dia memerlukan wang untuk sakit yang berlaku secara tiba-tiba,” kata pegawai polis.

Sumber: Hindustan Times

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.