Siakap Keli
Gambar Sekadar Hiasan

Tentera Ukraine Dakwa Berjaya Tembak Jatuh Lima Pesawat Dan Satu Helikopter Rusia

Tentera Ukraine mendakwa telah menembak jatuh lima pesawat tentera dan satu helikopter Rusia di wilayah Luhansk, beberapa jam selepas Rusia melancarkan serangan di beberapa bandar utama negara itu, lapor Hindustan Times.

Beberapa saat kemudian, Rusia dilaporkan secara rasminya telah memusnahkan pangkalan udara dan pertahanan udara Ukraine.

Sementara itu, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy berkata beliau telah bercakap dengan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, yang telah mengutuk tindakan Rusia.

Ketua Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Antonio Guterres juga telah merayu kepada Putin untuk menghentikan semua operasi ketenteraan.

“Presiden Putin, atas nama kemanusiaan, tolong bawa tentera anda kembali ke Rusia,” katanya.

Dalam pada itu, syarikat penerbangan Eropah telah diberi amaran untuk tidak terbang di atas atau berhampiran Ukraine dan kerajaan India juga sedang berusaha dengan pantas untuk menghantar pulang lebih 20,000 warganya di negara itu.

Sumber: Hindustan Times

BACAAN LAIN:

 

 

 

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.