Siakap Keli

TERKINI: SOP Kontak Rapat, Penerima Dos Penggalak 18 Tahun Ke Atas & Tak Bergejala, Tak Perlu Kuarantin

Kementerian Kesihatan Malaysia mengumumkan tentang prosedur terkini kontak rapat kepada kes positif melibatkan penerima dos penggalak yang berusia 18 tahun dan ke atas dimana mereka tidak perlu menjalani kuarantin sekiranya tidak mempunyai gejala pada hari pertama.

Bagaimanapun, mereka perlu melaksanakan ujian RTK kendiri pada hari pertama dan ketiga dari tarikh akhir pendedahan kepada kes indeks.

Namun begitu, sekiranya mereka mengalami gejala pada hari pertama, mereka perlu menjalani kuarantin selama 5 hari.

Sekiranya mereka merupakan penerima vaksin lengkap namun belum menerima dos penggalak, mereka perlu menjalani kuarantin selama 5 hari sama ada bergejala ataupun tidak bergejala. Manakala bagi individu yang belum lengkap vaksinasi ataupun tidak divaksinasi pula, mereka perlu menjalani kuarantin selama 7 hari sama ada bergejala ataupun tidak bergejala.

Bagi individu dibawah 18 tahun pula, penerima vaksin lengkap hanya perlu menjalani kuarantin selama 5 hari sama ada bergejala ataupun tidak bergejala.

Jika belum lengkap vaksinasi atau tidak divaksinasi, mereka perlu menjalani kuarantin selama 7 hari sama ada bergejala ataupun tidak bergejala.

SOP terkini kontak rapat ini akan berkuatkuasa mulai 1 Mac.

 

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/videos/5030459833642210

Sumber: KKM

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.