Siakap Keli
Gambar via Instagram

(Video) Wartawan Ketakutan, Peluru Berpandu Lalu Atas Kepala Waktu Tengah ‘Live’ Di Ukraine

Rusia kini sedang melancarkan serangan demi serangan ke atas Ukraine dan keadaan kini dikatakan semakin tegang.

BACA: Perang Ukraine Russia, Kharkiv Dihujani Tembakan & Letupan Sejurus Putin Isytihar Perang

Situasi semasa di Ukraine turut dilaporkan oleh seorang wartawan foto dan penerbit dari Australia, Bryce Wilson yang kini berada di negara berkenaan.

Melalui laman Instagram miliknya, Wilson membuat beberapa sesi siaran langsung yang memaparkan keadaan semasa di Ukraine sehingga hari ini.

Salah satu rakaman live di laman Instagram Wilson beberpaa jam lalu sempat tular setelah dia tidak sengaja terakam peluru berpandu yang ‘lalu’ di atas kepalanya semasa sedang berjalan di kota Kramatorsk, Ukraine.

Walaupun telah mengenakan topi keselamatan seperti yang sering digunakan tentera semasa menyusuri jalan di kota berkenaan, Wilson turut ‘cuak’ menyaksikan keadaan itu dan bergegas untuk berlindung.

Sejurus selepas itu, kedengaran bunyi letupan, dipercayai impak dari peluru berpandu yang sebelumnya melewati Wilson.

BACA JUGA: “Mampu Beroperasi 15 Hari Tanpa..,” Ini 6 ’Kekuatan’ RENCONG Penuh Gah

Beberapa siri letupan besar dan tembakan dilaporkan berlaku hari ini berhampiran wilayah Kharkiv, Ukraine dipercayai selepas Presiden Rusia, Vladimir Putin mengisytiharkan perang bermula antara kedua-dua negara.

Memetik laporan Mirror, Rusia telah melancarkan serangan besar-besaran ke atas Ukraine termasuk melepaskan peluru berpandu ke beberapa bandar utama dan mendaratkan tentera di pantai selatannya.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengecam serangan tanpa provokasi dan tidak wajar yang dilakukan oleh pasukan tentera Rusia dalam satu kenyataan, lapor CNN.

 

Sumber: Instagram Bryce Wilson

BACAAN LAIN:

 

 

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.