Siakap Keli
Gambar: Atlantic Council

Amerika Syarikat Lancar Serangan Udara Pertama Terhadap Somalia Selepas 6 Bulan

Amerika Syarikat dilaporkan telah melancarkan serangan udara melalui dron terhadap militan Al-Shabab di Somalia minggu ini selepas serangan pertama pada Ogos tahun lalu.

Menurut Markas Pemerintahan Afrika Amerika Syarikat (AFRICOM), serangan terdahulu yang dilancarkan ke atas Al-Shabab di Cammaara, Somalia pada 24 Ogos 2021 adalah sebagai bentuk bela diri.

Memetik The New York Times, serangan terbaharu Selasa lalu menggunakan pesawat kawalan jarak jauh (dron) MQ-9 Reaper. Serangan itu dilancarkan susulan penyerangan Al-Shabab terhadap tentera bersekutu Somalia di Duduble.

Setakat ini, pihak AFRICOM masih belum dapat mengenalpasti jumlah sebenar pengikut Al-Shabab yang terkorban dalam serangan berkenaan. Pun begitu, AFRICOM mengesahkan tiada orang awam yang terkesan.

Menurut pengerusi AFRICOM, Jeneral Stephen Townsend, Al-Shabab telah mengambil kesempatan daripada kekacauan politik di Somalia dan merupakan puak penyokong Al-Qaeda paling berpengaruh.

“Pada pendapat saya, di kawasan Timur Afrika khususnya di Somalia, Al- Shabab mengambil kesempatan ke atas krisis politik yang telah sekian lama berlaku.

“Al-Shabab masih kekal sebagai penyokong Al-Qaeda terbesar, terkaya dan paling berbahaya,” ujar Townsend, memetik laporan The New York Times.

Sumber: The New York Times

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.