Siakap Keli

Nekad Tinggal Kerjaya Jurutera Ceburi Perniagaan, Lelaki Luah Rasa Syukur Percaturan ‘Berani’ Buah Hasil

Setiap yang terjadi pasti ada sebab dan perkara yang terselindung di sebaliknya. Hal itu sendiri diakui oleh orang kuat jenama perniagaan, Mom’s House, Hilmi Hamid.

Hilmi Hamid, pengasas Mom’s House

Jenama tersebut berdaftar di bawah syarikat Faby Famy Sdn Bhd dan beribu pejabat di Shah Alam sejak 21 September 2015. Hilmi dan isteri tercintanya percaya bahawa setiap usaha dan punca rezeki itu dilorongkan Tuhan ada berkat yang tersendiri.

Percaturan berani oleh Hilmi dan isterinya yang mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang kejuruteraan namun memilih untuk menceburi bidang perniagaan itu tidak dapat diterjemahkan dengan kata-kata.

Jenama yang khusus menjual  produk berkaitan keperluan bakal ibu dan anak itu kini menjadi pusat sehenti atau one stop centre sama ada melalui stor fizikal atau dalam talian yang sangat praktikal kepada pengguna.

Menurut Hilmi, pada asalnya dia memulakan kerjaya sebagai jurutera di sebuah syarikat terkenal. Walau bagaimanapun, tujuh tahun selepas itu dia memilih untuk membantu sepenuh masa perniagaan Mom’s House bersama isteri.

“Ikutkan masa bekerja sebagai jurutera lagi, saya akan membantu perniagaan diusahakan isteri secara sambilan.  Awalnya isteri menjual produk kesuburan dalam usaha mendapatkan cahaya mata.

“Perkahwinan kami pun tidak dikurniakan anak dengan segera. Hanya selepas empat tahun kahwin dan asbab menjual produk kesuburan, Tuhan kurniakan rezeki anak. Kini kami sudah ada dua anak,” katanya.

Hal yang sama juga turut berlaku kepada permulaan penerokaan Hilmi dan isterinya terhadap dunia perniagaan produk ibu dan anak itu.

Antara barangan dijual di stor Mom’s House

“Sebelum dan selepas dikurniakan cahaya mata, saya dan isteri juga melalui fasa sama seperti ibu bapa yang lain. Jadi kami  memahami  kesukaran dirasa dan tahu apa yang diinginkan golongan ibu bapa.

“Kadang sukar mendapatkan produk ibu dan anak di satu tempat sama. Jadi daripada situ, kami memikirkan untuk bina perniagaan pusat sehenti yang menjual keperluan ibu dan anak. Maka lahirlah Mom’s House.

“Penyertaan minit akhir di sebuah ekspo bayi di Putrajaya juga banyak meyakinkan kami untuk merealisasikan perniagaan berkenaan. Selama tiga hari di eskpo itu jadi tempoh terbaik saya dan isteri kutip dan belajar ilmu niaga,” katanya.

Kini selepas tujuh tahun, legasi perniagaan berkenaan terus berkembang hingga memiliki tiga stor fizikal di Shah Alam, Putrajaya dan beberapa cawangan di Bangi, Teluk Intan Perak dan Sabah.

Cawangan I-City

“Selain itu kami juga fokus kepada dalam talian termasuk platform beli belah ‘online’ Shopee. Insya-Allah dengan kepesatan ruang niaga dalam talian dan stor fizikal, kami sasar jualan 3 juta tahun ini.

“Di Sabah sendiri kami ada dua cawangan. Yang pertama dibuka di Tawau. Yang kedua dibuka baru baru ini di Lahad Datu. Kami juga anjur tawaran istimewa bersempena pelancaran laman sesawang www.momshousehq.com/launching-promo,” katanya.

Cawangan Sabah

Perniagaan ini pada asalnya memfokuskan kepada produk bayi. Walau bagaimanapun selepas satu tempoh waktu, Hilmi dan isteri mengimbangi produk untuk ibu dan anak secara sama rata.

Malah jenama ini pernah diiktiraf majalah Pa & Ma dan boleh dirujuk menerusi pautan https://fb.watch/bbw2q7m09S/

“Rupa rupanya keperluan produk bakal ibu lebih banyak permintaan. Selain Mom’s House, di bawah syarikat kami juga diterbitkan produk Seri Mama, Chu Chu, Bainrboo dan LaBoo. Tak ketinggalan jenama luar terpilih turut dijual di stor fizikal dan cawangan.

“Misi dan visi kami sendiri nak bantu bakal ibu dan bapa dalam menyediakan keperluan menyambut anak mereka.  Juga ibu bapa bekerjaya. Anggaplah berkunjung ke Mom’s House seperti ke rumah mak sendiri untuk mendapatkan nasihat berguna menjadi ibu bapa terbaik,” katanya.

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.