Siakap Keli

Terima Anugerah Berprestij, Lelaki Ini Beri Kredit, Puji Usaha Keras Pekerjanya Selama Ini

Kumpulan Megaklinik Zahran (KMZ) pada baru-baru ini dilaporkan telah berjaya memperoleh kejayaan membanggakan apabila dinobatkan sebagai The Brandlaureate-Bumiputera ‘Best Brand Award’ kategori Healthcare Integrated Private Clinic.

Selepas sembilan tahun beroperasi termasuk menempa nama di era pandemik COVID-19, kejayaan terbaru itu digambarkan sebagai penanda aras baru yang diraih KMZ pada acara yang berlangsung pada 24 Februari lalu di Hotel Majestic Kuala Lumpur.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Mohd Nafidz Hj Abdul Razak mendedikasikan anugerah berprestij ini kepada seluruh pasukan kerja KMZ

Tunjang Kumpulan Megaklinik Zahran, Datuk Mohd Nafidz Abdul Razak dan isteri, Datin Ummul Khairiyah Abdul Rahman

“Kejayaan ini tak bermakna tanpa pekerja kami yang menjadi tulang belakang KMZ. Merekalah yang telah mengembling usaha serta tenaga dalam memberikan pelbagai perkhidmatan terbaik buat seluruh pelanggan dan pesakit.

“Ia sekali gus berjaya membawa jenama KMZ sebagai satu jenama Bumiputera yang terbaik di Malaysia.

“Semoga kejayaan ini akan menjadi titik tolak dan pembakar semangat untuk kita semua warga kerja KMZ  termasuk membendung wabak jahat di luar sana yang masih menjadi ancaman manusia,” katanya.

Sejak mula bertapak pada tahun 2013, nama klinik ini mula menjadi perhatian pada dua tahun lalu ketika dunia diserang pandemik.

Pembabitan golongan terkenal termasuk artis menjadi medium pengaruh serta promosi terbesar  selain rezeki mudah buat jenama itu pantas dikenali dan menjadi sebutan.

 

Datuk Mohd Nafidz, Kak Long bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza

“KMZ kini mempunyai 11 cawangan yang beroperasi di hampir seluruh negeri. Kami mensasarkan pembukaan 12 lagi cawangan pada tahun ini. Jika semua menjadi seperti dirancang, ia akan menjadikan jumlah keseluruhan 23 cawangan.

“Jenama KMZ menempa nama terutama ketika fasa awal pandemik melalui Zahran COVID-19 Centre yang menyediakan perkhidmatan penuh pengurusan wabak itu.

“Ia termasuk daripada saringan COVID-19 secara 24 jam dan menerusi khidmat bergerak ke lokasi. Begitu juga Pusat Penilaian COVID-19 Swasta untuk pesakit positif, pusat  pemberian vaksin (PPV) dan pusat kuarantin  serta rawatan COVID-19 swasta,” katanya.

Perkhidmatan yang ditawarkan KMZ setakat ini juga telah berjaya membantu lebih 2 juta rakyat Malaysia disamping membantu negara dalam misi membebaskan wabak jahat itu.

“Kami takkan berhenti meneruskan perjuangan ini. Pelbagai usaha akan terus dilakukan bagi membantu negara keluar daripada pandemik dan seterusnya memangkin ekonomi dalaman negara.

“Kami optimis dengan perancangan tahun ini, KMZ akan meneroka sektor ‘Medical Tourism” pula sebagai salah satu agenda utama kerana industri ini yang banyak terjejas semasa pandemik mengganas,” katanya.

Anugerah Brandlaurete adalah satu pengiktirafan nasional kepada syarikat bumiputera yang telah berjaya menempa jenama di peringkat nasional.

Ketua Pegawai Eksekutif KMZ, Datuk Mohd Nafidz Hj Abdul Razak bersama sijil dan trofi kejayaan

Kebangkitan syarikat bumiputera adalah penting dalam keadaan semasa negara agar sektor-sektor perniagaan dapat kembali rancak dan membangunkan pertumbuhan negara.

KMZ beribu pejabat di Bandar Baru Bangi Selangor. Selain Mohd Nafidz, isterinya, Datin Ummul Khairiyah Abdul Rahman atau mesra dengan nama Kak Long di posisi Ketua Pemasaran & Pengkomersilan jenama itu juga dilihat antara ‘agen’ KMZ yang kerap berkongsi kesedaran, input dan info terutama mengenai COVID-19.

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.