Agensi Nuklear Ukraine mendakwa bacaan tahap radiasi di tapak bekas Loji Nuklear Chernobyl meningkat selepas kawasan berkenaan ditawan Rusia semalam.
Ahli Parlimen, Verkhovna Rada, dilapor turut memuat naik peta haba Chernobyl yang menunjukkan bacaan radiasi meningkat bermula 6 pagi tadi. Peta haba berkenaan dikeluarkan oleh Pusat Keselamatan Nukler dan Radiologi Ukraine.
Bacaan radiasi juga didakwa terus menunjukkan peningkatan semasa bacaan pukul 1 petang diambil.
Menurut pakar, kenaikkan bacaan itu mungkin berpunca daripada debu-debu daripada tapak bencana naik ke udara selepas dilalui oleh aset-aset perang milik kedua-dua belah pihak yang melalui kawasan tersebut.
”Bacaan radiasi meningkat, tetapi buat tidak kritikal untuk Kyiv buat masa ini. Apa pun, kami memantau situasi dari semasa ke semasa.
”Kakitangan loji akan meneruskan tugas seperti biasa dan memantau aktiviti radiologi yang berlaku,” kata Jurucakap Tentera, Mej. Jen. Igor Konashenkov.
Rusia bagaimanapun menafikan dakwaan dibuat Ukraine.
Loji Nuklear Chernobyl merupakan tapak berlakunya bencana loji nuklar paling teruk di dunia. Reaktor nuklearnya pernah meletup pada 1986, sekaligus memuntahkan sisa radioaktif dan bertebaran di seluruh Ukraine dan Timur Eropah.
Ketika ini, kebanyakkan tapak itu ditutup dengan plat besi. Zon seluas 20 batu juga diwujudkan bagi mebghalang akses orang ramai. Bagaimanapun, wujud kebimbangan tapak ini mungkin terjejas akibat pertempuran.
”Jika tempat ini (stor simpanan sisa radioaktif) terkena tembakan meriam atau mengalami kerosakan akibat perang, debu-debu radiasi mungkin beterbangan ke seluruh Ukraine, Belarus dan mungkin ke seluruh Eropah,” kata Penasihat Menteri Dalam Negeri, Anton Gerashchenko.
Poland, jiran kepada Ukraine, bagaimanapun berkata pihaknya tidak mengesan sebarang peningkatan bacaan radiasi.
Ukraine dalam pada itu turut mendakwa bahawa tentera Rusia telah menahan beberapa staf pengurusan loji, bagaimanapun tidak dapat dipastikan tujuan penahanan tersebut.
Berita bahawa Rusia menawan loji berkenaan turut disahkan Amerika Syarikat yang menyifatkan ia amat mengejutkan. Ukraine turut memaklumkan kepada Agensi Atom Antarabangsa bahawa pihaknya sudahpun kehilangan kawalan ke atas loji berkenaan.
Sumber: Insider