Pasti ramai yang mengenali Datuk K atau nama sebenarnya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa. Apa tidaknya, beliau merupakan satu-satunya lelaki yang berjaya menawan hati penyanyi kesayangan Malaysia iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza. Keperibadian Datuk K yang santai dan mesra juga telah membuatkan ramai yang selesa berurusan dengannya. Datuk K juga boleh dikatakan mudah untuk dibawa bergurau di mana beliau turut berjenaka apabila dihadapan orang ramai.
Sifat tersebut boleh dikaitkan dengan satu ucapan Datuk K yang secara selamber ‘sindir’ anak kesayangannya, Asyraf Khalid.
Datuk K ‘sindir’ Asyraf depan orang ramai
Walaupun Asyraf kini sudah berjaya dalam bidang perniagaan yang diusahakan olehnya, namun ianya tidak menjadi penghalang untuk bapanya ‘menyindir’ beliau seperti dikongsikan menerui satu video di Instagram Asyraf Khalid.
Terima kasih tidak terhingga juga kepada Tya yang telah menjayakan majlis malam ini dengan begitu indah pada saya. Dia tak bagi saya sentuh langsung mana-mana idea.
Dia kata ‘Ayah, you don’t be involve. Malam ni Tya yang nak buat dengan Asyraf.
Tapi saya tak nampak Asyraf pun, nampak Tya je lah. Asyraf dia always claim the credit.
View this post on Instagram
Walau bagaimanapun, ucapan ketika majlis makan malam sempena sambutan hari lahir Datuk K pada Isnin lalu bukanlah sindiran yang sebenar, namun lebih kepada gurauan seorang ayah terhadap anaknya di depan orang ramai. Orang ramai yang hadir juga turut tertawa ketika Datuk K berkata sedemikian.
Datuk K dedah perubahan Asyraf kerana Dr Azizan Osman
Perubahan anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza nampaknya memberikan kegembiraan buat bapanya. Dalam satu video yang dikongsikan oleh Asyraf seperti di atas, Datuk K turut merakamkan penghargaan kepada Datuk Wira Dr Azizan Osman yang dapat mengubah dan membimbing anaknya bukan saja dalam bisnes, malah dalam kehidupan dalam tempoh 3 tahun sahaja.
Yang lebih manis, Datuk K kongsikan bahawa Asyraf kini lebih mendekatkan diri dengan tuhan di samping kesibukannya menguruskan perniagaan.
But more than that, dia lebih mendekati dirinya dengan tuhan. Saya dekat dengan tuhan lambat kalau ikut dari segi pace. Maksudnya dia belum umur 30 tahun dah jadi orang lebih baik, lebih dekat dengan tuhan, dia juga lebih rapat dengan ibunya, tentunya saya juga dia rapat.
“Beliau bangga dengan saya merupakan ‘big why’ selama ini” – Asyraf
Menurut Asyraf ketika ditemui, big why selama inilah yang telah mengubah dirinya kepada seorang usahawan yang lebih berjaya.
Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan Mentor saya yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah hidup dan memberikan saya banyak perspektif yang lebih baik.
Menurut Datuk K dalam ucapan tersebut, dulu Asyraf merupakan seorang budak nakal dan selalu mengecewakan bapanya dan merasakan diri sangat tidak berjaya. Namun, hasil bimbingan Dr Azizan, kini Asyraf boleh berjaya dalam perniagaan yang diusahakan olehnya.
Tambah Asyraf, beliau faham perjalanannya masih jauh namun beliau sangat bersyukur dengan luahan bapanya buat pertama kali di hadapan mentor sendiri.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan saya sebegini, sentiasa beri bimbingan, tak berikan saya kesenangan dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup.
“Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini,” jelasnya.
Dr Azizan mentor terbaik buat diri – Asyraf
Asyraf juga telah melihat Dr Azizan sebagai mentor yang terbaik dalam perubahan dirinya yang bukan sahaja membimbing berkaitan bisnes, malah secara holistik termasuk kepimpinan dan perhubungan sesama manusia dan bersama Allah Maha Esa.
“Malah nilai-nilai baik ada dalam lingkungan anak didik Dr Azizan dan RichWorks membuatkan beliau menjadi lebih baik lagi.
“Mereka meskipun sudah mencapai kejayaan pada satu tahap yang baik dengan jualan jutaan ringgit masih rendah diri, tidak lokek berkongsi ilmu dan perkara betul dilakukan,”
Datuk K cemburu, kagum dengan Dr Azizan
Dalam ucapan Datuk K, beliau turut memaklumkan bahawa dirinya cemburu dengan kebolehan Dr Azizan yang berjaya membina ramai jutawan yang tidak boleh dibuat olehnya.
Bayangkan jutawan yang Dr Azizan bimbing ini, boleh mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka, saya percaya sebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil bimbingan, didikan dan tunjuk ajarnya.
Dr Azizan memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana longkang, mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, awak semua (rakan usahawan jutawan) sangat beruntung. Saya tak dapat ini semua ketika seusia anda dan masa memulakan perniagaan,
Dalam masa yang sama, Datuk K turut mengingatkan bangsa usahawan untuk tidak melupakan individu yang masih merangkak dan berusaha keras untuk mencapai kejayaan.
Jangan lupa masyarakat lain, di luar sana ada juga orang yang tak berjaya seperti kita, jangan terlalu berbangga dan ego, tapi ‘be humble, more humble and more humble’, ajar mereka untuk capai kejayaan.