Agensi Peguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) kini sedang mengesan sebuah bot nelayan yang didakwa telah menyelamatkan 18 mangsa bot pancing yang dilaporkan hampir karam di kedudukan 9.4 batu nautika barat Pulau Beras Basah pada petang Sabtu.
Memetik daripada laporan Kosmo, maklumat berhubung jumlah dan keadaan mangsa yang terlibat masih belum diperoleh.
Pengarah Agensi Penguatkuasa Maritim Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata, dua aset APMM iaitu Kapal Maritim (KM) Tenggol dan Bot Penyelamat 5 dalam perjalanan ke posisi bot nelayan yang dilaporkan menyelamatkan mangsa.
Jelasnya lagi, operasi pencarian untuk menyelamatkan mangsa masih dilakukan sehingga kini.
Terdahulu, Bernama melaporkan operasi mencari dan menyelamat digerakkan bagi mengesan empat kru dan 14 pemancing sebuah bot yang dilaporkan karam di perairan Langkawi kira-kira jam 2 petang tadi.
Sumber: Kosmo