Siakap Keli

Ukraine Dakwa Tembah Jatuh Pesawat Pengangkut Bawa Anggota Paratrooper Rusia

Kementerian Pertahanan Ukraine mendakwa telah berjaya menembak jatuh salah satu kapal pengangkut tentera Rusia.

Menurut laporan Daily Mail, pesawat pengangkut yang didakawa ditembak jatuh itu merupakan pesawat jenis IL-76 yang ketika itu membawa kira-kira 150 orang anggota paratrooper Rusia.

Dalam laporan lain, pesawat itu didakwa membawa lebih 100 orang anggota paratrooper Rusia. Bagaimanapun, angka-angka tersebut tidak dapat dipastikan dan Kementerian Pertahanan Rusia tidak mengeluarkan sebarang kenyataan setakat ini.

Dakwaan itu dibuat oleh Natalia Balansynovych, Datuk Bandar Vasylkiv, sebuah bandar terletak di selatan Kyiv. Dakwanya lagi, pertempuran sengit turut berlaku dan memakan korban besar, namun tidak dinyatakan lebih lanjut.

Pertempuran di Vasylkiv dilaporkan tercetus kira-kira jam 3 pagi, yang sebelum ini pernah menjadi tapak kepada sebuah pangkalan tentera era Perang Dingin.

Selain itu, kira-kira jam 4 pagi, Kementerian Pertahanan Ukraine mendakwa ‘dua sasaran musuh telah ditembak jatuh’ dan dikenal pasti sebagai helikopter Rusia SU-25 dan sebuah pesawat pengebom, berhampiran zon pemisah di timur.

Pada sekitar jam 4 pagi juga, sebuah lagi pesawat pengangkut tentera Rusia turut ditembak jatuh berhampiran Bila Tserkva, lapor dua pegawai Amerika yang mengetahui secara langsung keadaan di Ukraine.

Setakat ini, Kementerian Pertahanan Rusia belum mengulas mengenai laporan tersebut.

Terdahulu, tembakan senjata kecil dan letupan kedengaran di daerah utara Obolonsky di ibu negara ketika kumpulan pasukan penceroboh Rusia meninggalkan jejak kemusnahan.

Rakyat Ukraine turut memberikan tentangan kuat terhadap tentera penceroboh Vladimir Putin ketika sebuah video menunjukkan kemusnahan terhadap konvoi Rusia dengan tanda Z yang berlaku berhampiran Kherson di selatan negara itu pada hari ketiga perang haram Kremlin.

Kementerian pertahanan Kyiv menyatakan bahawa Rusia telah kehilangan 2,800 orang tentera, 80 buah kereta kebal, 516 kenderaan berperisai, 10 buah kapal terbang, dan tujuh buah helikopter.

Pegawai Rusia turut membuat dakwaan dan menyatakan bahawa Moscow telah menawan lebih daripada 160 orang tentera Ukraine, memusnahkan 74 kemudahan darat tentera Ukraine, menumbangkan lima jet pejuang dan sebuah helikopter, dan memusnahkan 18 buah kereta kebal dan kenderaan berperisai lain.

Volodmyr Zelensky mendakwa bahawa tentera Ukraine mengawal ibu negara dan telah berjaya menangkis serangan pihak Moscow selepas melalui satu malam pertempuran yang kejam yang menyaksikan dua pesawat pengangkut tentera Rusia, sebuah jet pejuang dan helikopter ditembak jatuh.

Sumber: Daily Mail

Zahirah