Seorang wanita Ukraine dengan berani bersemuka dengan tentera Rusia yang lengkap bersenjata setelah tentera pimpinan Presiden Vladimir Putin itu menceroboh negara mereka.
Rakaman video aksi berani wanita berkenaan sempat beredar di media sosial, dipercayai berlaku di wilayah Kherson, tepatnya di daerah Henychesk, timur Ukraine.
Dalam video itu, dapat dilihat seorang wanita berdiri di tepi jalan sambil bercakap dalam keadaan marah dengan seorang tentera bersenjata Rusia.
Wanita tersebut mengajukan soalan ke tentera Rusia terbabit mengenai tujuan kedatangan mereka ke bumi Ukraine.
“Kamu penceroboh, kamu fasis! Apa tujuan kamu berada di negara kami dengan semua senjata ini?
”Nah, ambil biji benih (bunga matahari) ini dan letak dalam poket kamu. Sekurang-kurangnya nanti ia tumbuh bila kamu terbaring (mati) di atas tanah.
”Kamu faham, kamu menceroboh, kamu musuh,” kata wanita itu sebelum berlalu pergi.
Bunga matahari adalah bunga kebangsaan Ukraine.
Ukrainian woman confronts Russian soldiers in Henychesk, Kherson region. Asks them why they came to our land and urges to put sunflower seeds in their pockets [so that flowers would grow when they die on the Ukrainian land] pic.twitter.com/ztTx2qK7kB
— UkraineWorld (@ukraine_world) February 24, 2022
Sumber: Ukraine World