Siakap Keli
Gambar via Twitter

(Video) Rakyat Ukraine Beratur Dapatkan Senjata Untuk Menentang Rusia

Setelah tentera Rusia menceroboh Kyiv Jumaat lalu, pasukan tentera Ukraine dilaporkan mula membekalkan senjata kepada rakyat untuk sama-sama mempertahankan ibu negara mereka.

Para penduduk dilaporkan berbaris di pusat pengedaran senjata di pusat kota Kyiv bagi mengambil senapang selepas presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy menyeru sukarelawan untuk mengangkat senjata.

Menurut The New York Times, dianggarkan sebanyak 18,000 pucuk senapang model Kalashnikov telah diedarkan di Kyiv sejak Khamis.

Beberapa bulan sebelumnya, Pasukan Pertahanan Wataniah, iaitu sebuah unit khas yang dibentuk di bawah angkatan tentera telah merekrut penduduk di pusat bandar untuk turut berkhidmat sekiranya tercetus peperangan.

Walaupun sebilangan penduduk telah pun menjalani latihan dengan Pasukan Pertahanan Wataniah, kebanyakan daripada mereka yang sukarela mengaku tidak pernah memegang senapang sebelum ini, lapor The New York Times.

Sumber: The News York Times

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.