Siakap Keli

14 Pemancing Bersama 4 Kru Bot Karam Di Langkawi Ditemui Selamat – APMM

Kesemua 14 pemancing dan empat kru sebuah bot yang dilaporkan hampir karam akibat dipukul ombak di perairan Langkawi ditemui selamat.

Berdasarkan laporan daripada Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah, semua mereka terdiri daripada 14 pemancing dan empat kru itu diselamatkan sebuah bot nelayan tempatan.

Kesemua mangsa telah diselamatkan oleh sebuah bot nelayan tempatan dan kemudiannya dipindahkan ke kapal Maritim Malaysia di kedudukan lebih kurang 15.3 batu nautika barat, Pulau Singa Besar, Langkawi pada jam 10 malam tadi.

Menurut laporan, mereka dijangka tiba di jeti Maritim Malaysia Bukit Malut sekitar jam 11.45 malam.

Jelasnya lagi, dua mangsa dipercayai mengalami kecederaan patah kaki dan ambulans serta pasukan perubatan sudah bersiap sedia untuk memberi bantuan segera.

Sebelum ini, Bernama melaporkan sebuah bot yang membawa kumpulan pemancing dilaporkan hilang dan dikhuatiri karam di kedudukan 9.4 baru nautika barat Pulau Beras Basah, dekat sini, hari ini.

Sumber: Astro Awani

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.