Penyakit ketumbuhan ‘menyerang’ sesiapa sahaja tidak kira orang dewasa atau kanak-kanak dan lelaki atau wanita. Menurut Hello Doktor, ketumbuhan boleh dikelaskan sebagai pembesaran benign/tidak berbahaya (biasanya boleh sembuh) atau pra-berkembang/berisiko (pre-cancerous) atau menular menjadi barah (cancerous).
Ketumbuhan ada dalam pelbagai jenis dan ia dinamakan berdasarkan kepada bentuk dan juga jenis tisu yang wujud.
Bercakap mengenai ketumbuhan, Pakar Telinga Hidung Tekak (ENT), Dr Mohd Shaiful Nizam berkongsikan mengenai pembedahan yang dilakukan olehnya pada pesakit yang mempunyai ketumbuhan kelenjar air liur seberat hampir 3kg.
Menurutnya, ia merupakan pengalaman pertama kalinya sejak 11 tahun bergelar doktor.
Mari ikuti perkongsiannya di bawah ini untuk mengetahui mengenai ketumbuhan tersebut dengan lebih lanjut.
11 TAHUN BERGELAR DOKTOR, INI KALI PERTAMA SAYA TERLIBAT DALAM PASUKAN PEMBEDAHAN MENGELUARKAN KETUMBUHAN KALENJAR AIR LIUR SEBERAT HAMPIR 3KG!!
Ikuti Bebenang:
Disclaimer: Gambar telah mendapat keizinan dari pesakit untuk dikongsi bagi tujuan pembelajaran dan info kesihatan.
Pembengkakan/ketumbuhan dibahagian leher yang tidak hilang selepas rawatan antibiotik lebih daripada sebulan perlulah mendapat rawatan detail dengan PAKAR ENT atau PAKAR PEMBEDAHAN.
Beberapa pemeriksaan dan ujian makmal termasuklah imbasan xray/usg/CT scan akan dilakukan jika perlu.
Berbalik kepada pesakit kami, ketumbuhan dibahagian leher beliau sudah hampir 8 tahun.
Pada peringkat awal, hanya kecil sebesar 4cm x 5cm. Tetapi kini telah membesar sehingga 20cm x 30cm.
“Dr, boleh tak buang ketumbuhan saya ni supaya mudah dan selesa untuk solat. Sangat menganggu”
Ini antara alasan utama pesakit kami bersetuju untuk dibedah. Alhamdulillah.
Seperti kebiasaan, Sebelum apa-apa pembedahan, bacaan doa dimulakan agar dipermudahkan proses pembedahan ini.
Alhamdulillah, dengan kehadiran Pakar Perunding, Pembedahan Kepala & Leher, Prof Razif dan team, pembedahan kami selama 5 jam berjaya tanpa sebarang komplikasi yang serius.
“Dr, terima kasih banyak-banyak. Dah tak sakit dan rasa berat dah kepala. Dah bertambah selesa.”
Ini ucapan pesakit kami dihari pertama selepas pembedahan.
Alhamdulillah, kami sebagai Doktor Bedah yang merawat berasa gembira dan terharu. Tiada komplikasi yang serius terjadi.
SEKALI LAGI INGATAN SAYA, dapatkan pemeriksaan Pakar jikalau ada ketumbuhan.
Pembedahan di peringkat awal/kecil dapat kurangkan risiko cedera pada salur darah, saraf dan struktur anatomi yang berdekatan. Proses penyembuhan juga lebih cepat.
11 TAHUN BERGELAR DOKTOR, INI KALI PERTAMA SAYA TERLIBAT DALAM PASUKAN PEMBEDAHAN MENGELUARKAN KETUMBUHAN KALENJAR AIR LIUR SEBERAT HAMPIR 3KG!! 😱
Ikuti Bebenang👇:
Disclaimer: Gambar telah mendpt keizinan dari pesakit untuk dikongsi bagi tujuan pembelajaran & info kesihatan pic.twitter.com/OqwQ1JYJi5
— Dr Mohd Shaiful Nizam | Epul | (@Dr_Shaiful) February 27, 2022
Sumber: Dr Mohd Shaiful Nizam