Siakap Keli
Gambar Via CNN/The Japan Times

Pertama Kali Sejak Januari Lalu, Korea Utara Dilapor Lancar Ujian Peluru Berpandu Balistik

Korea Utara dilaporkan telah melancarkan peluru berpandu balistik di luar pantai timur Semenanjung Korea pada Ahad, lapor CNN.

Menurut Ketua Turus Bersama Korea Selatan, peluru berpandu itu ditembak dari kawasan Sunan di Korea Utara pada sekitar 7.52 pagi waktu tempatan.

Sementara itu, Menteri Pertahanan Jepun, Nobuo Kishi berkata Korea Utara melancarkan sekurang-kurangnya satu peluru berpandu balistik yang terbang sejauh 300 kilometer (186 batu) dan ke ketinggian maksimum 600 kilometer (373 batu).

Tembakan peluru berpandu itu dipercayai adalah yang pertama sejak 30 Januari lalu dengan menggunakan Hwasong-12 (IRBM) iaitu peluru berpandu balistik jarak jauh yang terpanjang sejak 2017.

Mengikut anggaran yang disediakan Kementerian Pertahanan Jepun, ujian pada hari ini pula adalah peluru berpandu jarak lebih pendek.

Majlis Keselamatan Negara (NSC) Korea Selatan pula berkata pelancaran itu ‘tidak perlu’ ketika dunia kini cuba untuk menyelesaikan pergolakan yang berlaku di Ukraine.

NSC juga menyatakan kebimbangan yang mendalam dan kekesalan yang teruk terhadap pelancaran itu dan menggesa Korea Utara untuk segera menghentikan tindakan yang bertentangan dengan resolusi aman melalui diplomasi.

Pelancaran terbaharu itu diadakan kurang daripada dua minggu menjelang pilihan raya Presiden Korea Selatan pada 9 Mac nanti, iaitu di mana Korea Utara berkemungkinan menjadi isu pilihan raya utama.

Dalam pada itu, Korea Utara telah meningkatkan ujian peluru berpandunya pada 2022 dengan mengumumkan rancangan untuk memperkuatkan pertahanannya terhadap Amerika Syarikat.

Sumber: CNN

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.