Pasukan bola sepak kebangsaan Poland bersedia untuk mengorbankan tempat mereka dalam Piala Dunia tahun ini selepas mengisytiharkan bahawa mereka tidak akan bermain menentang pasukan Rusia ekoran pencerobohan di Ukraine.
Poland pada asalnya dijadualkan ke Moscow pada 24 Mac bagi perlawanan play-off kelayakan Piala Dunia menentang Rusia, dengan pemenang kemudiannya menjadi hos sama ada Sweden atau Republik Czech untuk tempat dalam kejohanan musim sejuk di Qatar.
Ketiga-tiga pasukan tersebut mengeluarkan kenyataan bersama kepada FIFA mengatakan bahawa Rusia tidak sepatutnya dibenarkan menjadi tuan rumah kelayakan Piala Dunia.
Pada pagi Sabtu, Presiden FA Poland, Cezary Kulesza menulis ciapan “Tiada kata-kata lagi, masa untuk bertindak!” menerusi laman rasmi Twitternya.
“Disebabkan oleh pencerobohan Persekutuan Rusia terhadap Ukraine, pasukan kebangsaan Poland tidak berhasrat untuk bermain perlawanan play-off menentang pasukan kebangsaan Rusia.
“Ini adalah satu-satunya keputusan yang tepat. Kami sedang berbincang dengan persekutuan Sweden dan Republik Czech untuk mengemukakan kedudukan bersama kepada FIFA.
Keputusan Poland untuk enggan bermain menentang Rusia tanpa mengira lokasi perlawanan telah diketuai oleh pemain sendiri setelah kapten Robert Lewandowski berunding dengan seluruh skuad.

It is the right decision! I can’t imagine playing a match with the Russian National Team in a situation when armed aggression in Ukraine continues. Russian footballers and fans are not responsible for this, but we can’t pretend that nothing is happening. https://t.co/rfnfbXzdjF
— Robert Lewandowski (@lewy_official) February 26, 2022
“Segala sesuatu yang indah dalam sukan adalah bertentangan dengan apa yang dibawa oleh peperangan. Bagi semua orang yang menghargai kebebasan dan keamanan, ini adalah masa solidariti buat mangsa pencerobohan tentera terhadap Ukraine.
“Sebagai kapten pasukan kebangsaan, saya akan bercakap dengan rakan sepasukan saya tentang perlawanan dengan Rusia bagi membuat keputusan bersama mengenai perkara ini dan akan menyampaikannya kepada presiden Persatuan Bola Sepak Poland secepat mungkin.”
Badan induk bola sepak Eropah, UEFA telah mengesahkan bahawa mana-mana perlawanan dalam pertandingan mereka yang akan dimainkan di Rusia kini akan berlangsung di venue neutral, yang hanya menjejaskan perlawanan Liga Europa Spartak Moscow dengan RB Leipzig. Bagaimanapun, FIFA masih belum menjelaskan kedudukan mereka.
Walaupun Poland telah mengeluarkan kenyataan bersama Sweden dan Republik Czech mengenai menentang bermain play-off kelayakan Piala Dunia di Moscow, mereka tidak menerima sebarang maklum balas daripada FIFA setakat ini.

Sekiranya Rusia menewaskan Poland pada separuh akhir play-off, mereka kemudiannya akan menjadi tuan rumah kepada pemenang Sweden vs Republik Czech di Moscow pada 29 Mac.
Sementara itu, Presiden FIFA, Gianni Infantino berkata, pihak mereka akan terus memantau keadaan mengenai situasi itu.
Mereka juga akan mengemas kini perlawanan kelayakan Piala Dunia tidak lama lagi dan membuat keputusan dengan segera sebaik sahaja ia diperlukan.
Sumber: Metro UK