Tular di media sosial, detik cemas seorang kurier melarikan diri ketika menghantar bungkusan di sebuah kompleks tidak berpenghuni.
Detik ini dikongsikan oleh akaun Instagram @kotamagelang.id. Menerusi video tersebut, kelihatan seorang kurier berjalan di kompleks kediaman tetap yang tidak lagi berpenghuni.
Difahamkan kompleks itu tidak lagi berpenghuni kerana ia merupakan bekas letusan gunung berapi. Tempat tinggal tetap tersebut terletak di Kecamatan Ngluwar, Kabupaten Magelang, Jawa Tengah.
“Apa lagi jadi viral!” tulis akaun tersebut sebagai kapsyen Instagram seperti dipetik Suara.com, Khamis (24/2/2022).
“Seram, kurier hantar bungkusan ke kediaman tetap untuk bekas letusan gunung berapi yang sudah tidak berpenghuni di Ngluwar Magelang. Wah, mesej apa ini, ya?” sambungnya lagi.
Dalam video tersebut, kurier itu dilihat berjalan seorang diri sambil membawa satu pek bungkusan untuk dihantar di kompleks itu, mengikut alamat yang tertera pada bungkusan tersebut.
Kurier itu juga sempat merakam detik menghantar bungkusan di lokasi tersebut. Dengan menggunakan kamera telefon bimbitnya, dia berjalan sambil menunjukkan suasana sunyi di kompleks yang tidak berpenghuni itu.
Aksi kurier yang dirakamkan itu didakwa agak ketakutan. Mana tidaknya, suasana kawasan itu benar-benar lengang dan tidak ada seorang pun.
Suara kurier dalam video itu sendiri boleh didengari dengan jelas. Dia pada mulanya menunjukkan bungkusan yang ditujukan untuk seorang lelaki bernama Frendi dengan suara yang ketakutan.
Meskipun dalam ketakutan, kurier itu cuba bersikap profesional. Dia terus melangkah setapak demi setapak mencari rumah penerima bungkusan itu di kompleks tidak berpenghuni berkenaan.
Tidak terhenti di situ, kedengaran juga kurier itu menjerit memanggil nama Frendi. Dia bertanya di mana rumah orang bernama Frendi.
“Pakej Mas Frendi, rumahnya di mana? Mas Frendi”, jerit kurier.
Namun, sudah pasti tiada yang menjawab. Tidak lama kemudian, kurier tiba-tiba berlari. Dia segera melarikan diri sambil berjalan menghampiri ke penghujung kompleks.
“Astagfirullahaladzim. Astagfirullah”, jerit kurier lagi.
Tidak diketahui apa yang dilihat oleh kurier sehingga menyebabkan dia begitu ketakutan. Dia hanya berpusing dan berlari dengan kamera masih merakam.
Rakaman kamera tersebut bergegar menyebabkan dia tidak dapat melihat apa yang berlaku di hadapannya semasa dia melarikan diri dalam ketakutan.
View this post on Instagram
Sumber: Suara.com