Siakap Keli

(Video) “‘Benda-Benda’ Yang Tak Dilihat Pun Suka”, Abang Ni Dedah Akibat Pakai Minyak Wangi Ketika ‘Hiking’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Aktiviti mendaki (hiking) sejak beberapa tahun lalu semakin menjadi kegilaan ramai sehingga wujudnya pelbagai kumpulan pendaki yang ditubuhkan khusus mengumpulkan peminat bagi aktiviti itu.

Selain untuk beriadah dan mengisi masa lapang, mendaki juga boleh memberi manfaat kepada kesihatan tubuh badan seseorang.

Bagaimanapun, aktiviti itu juga mempunyai pelbagai risiko terutamanya apabila mendaki gunung atau bukit yang sangat tinggi. Justeru langkah berjaga-jaga perlulah sentiasa diambil.

Bagi yang baru cuba untuk mendaki, mungkin tips yang dikongsikan oleh @apengslowcuber di TikTok ini boleh memberikan manfaat untuk korang.

Menerusi video yang dimuatnaik olehnya, Hafiz Qayyum atau Apeng berkata jangan memakai minyak wangi ketika mendaki kerana beberapa sebab.

Katanya, sebab pertama ialah serangga seperti semut dan nyamuk akan suka mendekati seseorang yang memakai minyak wangi dan berpotensi akan disengat oleh serangga itu.

Selain itu, minyak wangi juga akan menarik perhatian haiwan yang lebih besar seperti harimau dan beruang kerana mereka menganggap seseorang pendaki itu sebagai makanan atau haiwan lain.

“Ketiga, bila hiking pakai minyak wangi, bukan saja makhluk-makhluk yang boleh dilihat suka dengan kamu malahan ‘benda-benda’ yang tak dilihat pun suka dekat kamu, itu lagi bahaya.

“Tetapi bukan langsung tak boleh pakai minyak wangi, sekurang-kurangnya pakailah deodorant,” katanya.

@apengslowcuber

Tips Hiking : Jangan pakai minyak wangi masa HIKING!

♬ original sound – Apeng Speedcuber – Apeng Speedcuber

Sumber: apengslowcuber

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.