Siakap Keli

(Video) Kreatif Bina Penghadang, Warganet Kagum Tengok Kawasan Rumah Ini Tak Dimasuki Air Banjir

Bencana banjir yang berlaku di Kelantan dan Terengganu bertambah buruk hari ini apabila beberapa sungai dilaporkan telah melebihi paras bahaya. Tidak cuma itu, mangsa-mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan juga terus semakin meningkat.

Media sosial pula dipenuhi dengan perkongsian video keadaan semasa di kawasan-kawasan yang terjejas seperti di Rantau Panjang dan Pasir Putih, Kelantan.

Melalui beberapa perkongsian warganet, ada rumah yang sudah ditenggelami air banjir dan rata-rata penduduk keluar untuk menyelamatkan diri.

Bagaimanapun, perkongsian pengguna TikTok @ise1199 ini menarik perhatian ramai apabila beberapa buah rumah dipercayai di Kampung Bukit Abal, Pasir Putih tidak dimasuki air banjir walaupun air di kawasan sekeliling sudah tinggi.

Menerusi video itu, dapat dilihat penghadang atau pagar yang ditutup dengan plastik dibina di hadapan rumah itu, yang menghalang air masuk ke kawasan tersebut.

@ise1199

Rumah dia tak masuk air weiii. Banjir di kg bukit abal, pasir puteh kelantan #fyp

♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Sehingga kini, video tersebut telah ditonton sebanyak 1.5 juta kali di TikTok.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum melihat usaha yang dilakukan oleh pemilik-pemilik rumah itu dan berharap agar inisiatif seperti itu diperbanyakkan lagi bagi mengelakkan rumah penduduk ditenggelami air.

Sumber: ise1199

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.