Siakap Keli
Kredit: BERNAMA

(Video) Paras Air Semakin Menaik, Penduduk Setempat Terpaksa Selamatkan Diri Ke Kawasan Berbukit

Hujan lebat berterusan sejak beberapa hari yang lalu melanda negeri-negeri pantai timur telah menyebabkan kawasan di sana dilanda banjir sekali lagi.

Menerusi akaun Twitter Bernama, mereka memuat naik video  yang menunjukkan orang di kawasan Kampung Menerong yang menyelamatkan diri selepas beberapa kawasan ditenggelami air dan terputus hubungan.

Tambahan lagi, kawasan tersebut dikatakan hanya boleh dilalui oleh bot sahaja disebabkan oleh paras air yang telah mencecah paras bahaya.

Menurut Bernama, penduduk kampung tersebut menyelamatkan diri dengan mendaki ke kawasan bukit yang berhampiran. Difahamkan, kawasan tersebut merupakan ladang kelapa sawit yang terletak berhampiran dengan kawasan penduduk kampung di situ.

Sumber: BERNAMA

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.