Siakap Keli
Gambar Hiasan: Bernama

Waspada, Amaran Angin Kencang & Laut Bergelora Dijangka Landa Beberapa Kawasan Di Malaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora di beberapa kawasan sehingga 1 Mac 2022.

Menurut kemaskini MetMalaysia setakat jam 2.45 petang tadi, amaran kategori pertama (kuning) melibatkan beberapa kawasan iaitu Johor Timur, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak, Sabah Barat dan Labuan, Phuket, Selatan Bunguran, Tenggara Reef North, Reef South, Labuan dan juga Palawan.

Kadar kelajuan angin di kawasan kategori pertama dianggarkan 40 hingga 50 kilometer sejam (kmj) dengan ketinggian ombak pada paras 2.5 hingga 3.5 meter.

Bagi kategori kedua (jingga) pula membabitkan kawasan Samui, Tioman, Condore, Utara Bunguran, Reef North dan Layang-layang. Ketinggian ombak di kawasan perairan kategori kedua dianggarkan setinggi 3.5 hingga 4.5 meter.

Manakala kelajuan angin kencang yang bakal dialami di kawasan kategori pula berkemungkinan pada kelajuan 50 hingga 60 kmj.

Jadi, kepada orang ramai dinasihatkan sentiasa waspada dan berhati-hati kerana kejadian ini berisiko untuk berlaku limpahan air laut di persisiran pantai. Buat masa ini, kurangkan aktiviti di pantai.

Sumber: MetMalaysia

Nadhirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.