Siakap Keli
Gambar: Bernama & Twitter DS Ismail Sabri

9 Rakyat Malaysia Selamat Keluar Dari Ukraine, Dalam Perjalanan Ke Kuala Lumpur

Terkini, sembilan orang rakyat Malaysia termasuk dua orang tanggungan mereka telah berjaya dibawa keluar dari Kyiv, Ukraine.

Perkara itu dimaklumkan menerusi laman rasmi Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kesemua mereka telah dibawa keluar dari sana dan dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dan dijangka akan tiba ke Malaysia pada hari esok.

“Alhamdulillah sembilan rakyat Malaysia bersama dua tanggungan mereka telah pun selamat di bawa keluar dari Kyiv, Ukraine dan dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, dijangka tiba esok,” tulis DS Ismail Sabri.

Terdahulu, kumpulan terakhir rakyat Malaysia yang berjaya keluar dari Ukraine dijadualkan berlepas pulang ke tanah air dari Warsaw, Poland esok (Isnin) melalui penerbangan komersil.

Sumber: DS Ismail Sabri

Nadhirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.